Page 119 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 119
SET 3
4 (a) NOVEL : JENDELA MENGHADAP JALAN – Ruhaini Matdarin 7
(7 markah) (15 markah) (2 Isi dan
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua perwatakan huraian)
watak utama yang terdapat dalam novel tersebut.
Jendela Menghadap Jalan – Lili
-Seorang yang patuh kepada ibu bapa – Lili patuh kepada ibunya agar
menurutnya permintaan ibunya supaya pulang ke kampong datuknya di
Dungun, Terengganu.
-Seorang yang prihatin –Lili bersifat prihatin terhadap nasib yang ditimpa leh
Che Jah yang sering dipukul oleh suaminya,
Songket Berbenang Emas : Dahlia
Seorang yang bijak – Dahlia seorang yang bijak kerana mencapai keputusan
yang cemerlang dalam STPM dan terpilih melanjutkan pelajaran ke Jepun
selama empat tahun.
Seorang yang bertanggungjawab – Dahlia bertanggungjawab terhadap adik-
adiknya apabila sentiasa menjaga adik-adik semasa ibu dan ayahnya dirawat
di hospital demi memastikan kehidupan mereka tidak terabai.
(b) Berdasarkan novel yang dikaji, terdapat dua persoalan tentang kasih 8
(8 markah) sayang. (2 Isi dan
Novel Jendela Menghadap Jalan huraian)
Persoalan tentang kasih sayang anak kepada ibu dan bapa.
Contohnya, Lili menunjukkan rasa kasih sayang kepada ibunya dengan
menurut perintah ibunya untuk bercuti di kampung datuknya.
Persoalan tentang antara datuk dengan cucu yang pulang ke kampung.
Contohnya, Lili sangat menyayangi datuk dan neneknya di kampung dan
sentiasa mengikut nasihat kedua-dua datuk dan neneknya terutama sekali
berkaitan dengan hal-hal keagamaan.
ATAU jawapan lain yang sesuai.
Novel Songket Berbenang Emas
Persoalan tentang kasih sayang anak kepada ibu.
Contohnya, Dahlia sering menziarahi ibunya yang dirawat di Hospital
Permai akibat sakit jiwa.
Persoalan tentang kasih sayang seorang kakak kepada adik-beradik
yang masih kecil.
Sebagai contoh, Dahlia menjaga adik-adiknya yang masih kecil ketika ibu
dan bapa mereka sakit.
Muka surat | 119

