Page 120 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 120
SET 4
4(a) NOVEL : JENDELA MENGHADAP JALAN – Ruhaini Matdarin 7
(7 markah) (15 markah) (2 Isi dan
Berdasarkan novel yang dikaji, terdapat dua latar masa. huraian)
Novel Jendela Menghadap Jalan
Latar masa waktu pagi
Contohnya, Lili menawarkan tempat duduk kepada Geetha ketika berada di
dalam bas semasa dalam perjalanan ke kampung datuknya di Dungun,
Terengganu.
Latar masa waktu petang.
Danel berbual mesra dengan datuk tentang kepentingan penggunaan perubatan
moden.
Latar masa pada waktu cuti persekolahan.
Contohnya, Lili mengambil keputusan untuk pulang ke rumah datuknya di
Dungun, Terengganu setelah disuruh oleh ibunya walaupun hatinya bersedih
kerana waktu cuti itu sepatutnya dimanfaatkan bersama rakan-rakannya.
Novel Songket Berbenang Emas
Latar masa waktu pagi
Dahlia berusaha menyelamatkan Said, anak Mak Aton yang lemas ketika mandi
sungai di hadapan rumahnya. Walau bagaimanapun, Said tidak dapat
diselamatkan kerana air sungai terlalu deras.
Latar masa waktu petang.
Contohnya, Dahlia melawat ibunya Saleha yang dirawat di hospital berkenaan
akibat penyakit kemurungan / sakit jiwa. Dahlia juga pengsan apabila melihat
keadaan ibunya yang dikurung dalam wad berpagar.
Latar masa pada zaman persekolahan.
Contohnya, Dahlia bersekolah di sekolah tersebut semasa Tingkatan 6 dan dia
menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di situ.
Dalam kedua-dua buah novel yang saya kaji, terdapat satu peristiwa yang
berkaitan dengan persoalan kegigihan yang terdapat dalam novel tersebut.
(b) Novel Jendela Menghadap Jalan 8
(8 markah) Persoalan tentang kegigihan menyelesaikan konflik rumah tangga (2 Isi dan
keluarga. huraian)
Contohnya, Lili gigih membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah dan
anak-anaknya daripada terus menjadi mangsa penderaan Seman yang panas
baran dan kaki botol.
Persoalan tentang kegigihan menangani isu kubah.
Contohnya, Lili dan Danel gigih berusaha memberikan cadangan untuk
menyelesaikan isu kubah yang menjadi konflik penduduk kampung.
Novel Songket Berbenang Emas
...Persoalan tentang kegigihan remaja dalam meneruskan pelajarannya.
Contoh peristiwanya ialah Dahlia gigih meneruskan pembelajarannya untuk
peperiksaan STPM walaupun terpaksa ponteng sekolah dan keluar dari asrama
untuk menjaga adik-adiknya semasa ibunya dirawat di Hospital Permai akibat
penyakit kemurungan. Dahlia juga gigih mengulangkaji pelajaran menjelang
STPM di pusat pemindahan banjir walaupun kemudahan yang serba kekurangan
di situ.
..Persoalan tentang kegigihan menyelamatkan mangsa lemas.
Contohnya perisitiwa ialah Dahlia gigih berusaha menyelamatkan Said anak
Mak Aton yang lemas di sungai hadapan rumahnya.
Muka surat | 120

