Page 122 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 122

SET 6


               4(a)      Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua pengajaran             7
            (7 markah)  yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.                                (2 Isi dan
                                                                                                       huraian)
                         Novel Jendela Menghadap Jalan

                         Kita mestilah berani menyelamatkan rakan yang ditimpa kesusahan
                          Contohnya, Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan
                         Haziq. Danel berani menyelamatkan Lili yang disembunyikan di pondik
                         usang.

                         Kita mestilah prihatin terhadap orang lain.
                         Contohnya, Lili membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan
                         rumah tangga dan masalah anak-anaknya iaitu Rafiq dan Haziq.

                         Novel Songket Berbenang Emas

                         Kita mestilah berani menyelamatkan orang yang ditimpa kesusahan.
                         Contohnya,  Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan
                         Said yang lemas di sungai hadapan rumah mereka. Namun, Said tidak dapat
                         diselamatkan akibat arus sungai terlalu deras.

                         Kita mestilah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.
                         Contohnya, Dahlia tabah apabila difitnah oleh Aton dan Nek Kiah bahawa
                         dia seorang perempuan yang tidak baik.

                (b)                                                                                       8
            (8 markah)  Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang        (2 Isi dan
                         memaparkan konflik dan cara penyelesaiannya bagi setiap novel tersebut.       huraian)

                         Novel Jendela Menghadap Jalan

                         Peristiwa isu kubah surau
                         Konflik untuk meletakkan kubah surau sama ada di surau lama atau di
                         masjid yang akan dibina.
                         Cara penyelesaian:
                         Lili, Danel  dan  Geetha  akan  mengadakan   perjumpaan  terbuka  dengan
                         penduduk  kampung  untuk  menjelaskan  kepentingan  membina  masjid
                         daripada memasang kubah di bumbung surau.

                         Novel Songket Berbenang Emas

                         Peristiwa berprasangka buruk tentang orang lain
                         Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek Kiah berprasangka
                         buruk terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke
                         rumahnya.
                         Cara penyelesaian:
                         Dahlia hanya mendiamkan diri semasa ditegur oleh Nek Kiah.

                                                         TAMAT



                                                                                              Muka surat | 122
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126