Page 124 - MODUL POTENSI LULUS BM SPM 2019 - KERTAS 2
P. 124
SET 8
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemanusiaan 7
4(a) yang terdapat dalam novel tersebut. (2 Isi dan
(7 markah) huraian)
Novel Jendela Menghadap Jalan
Nilai tanggungjawab
Contohnya, Datuk Lili, sebagai pengamal perubatan tradisional
bertanggungjawab dalam membantu pesakit yang datang berubat dengannya
berasaskan akar-akar kayu dan daun-daun herba.
Nilai keprihatinan
Contohnya, Lili prihatin akan nasib Rafik dan Haziq yang berpunca daripada
kepincangan rumah tangga Che Jah Walaupun mereka menculik Lili namun Lili
menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat latar belakang Haziq dan Rafik
bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.
Novel Songket Berbenang Emas
Nilai keberanian
- Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras dan berkeladak untuk
menyelamatkan Said yang lemas .
Nilai kegigihan
- Dahlia gigih mengulang kaji pelajaran walaupun ketika berada di pusat
pemindahan banjir yang tidak selesa.
(b) Jelaskan satu peristiwa yang menyentuh perasaan dalam dua buah novel yang 8
(8 markah) telah anda pelajari. (2 Isi dan
huraian)
Novel Jendela Menghadap Jalan
Peristiwa keganasan keluarga
Contohnya, Rafiq dan Haziq dipukul dengan kasar oleh Seman di hadapan orang
kampung.
Novel Songket Berbenang Emas
Peristiwa pengkhianatan yang dilakukan oleh ahli keluarga.
Contohnya, Abu Bakar telah menemui dua biji telur ayam yang berwarna hitam
dan busuk yang berunsurkan sihir yang dilakukan oleh Nek Kiah
TAMAT
Muka surat | 124

