Page 100 - SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020
P. 100
P E N G U R U S A N 2 0 2 0
PANDUAN GURU UNTUK MENJANA KECEMERLANGAN
1. PENDAHULUAN
1.1. Setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk meletakkan Sekolah Kebangsaan
Taman Daya 2 di tahap cemerlang, dihormati dan disegani.
1.2. Oleh itu setiap guru haruslah menjalankan tugas Kurikulum, Kokurikulum dan
memantapkan sahsiah murid dengan penuh iltizam, ikhlas dan kesedaran.
1.3. Setiap guru harus tahu mengenai visi dan misi sekolah sebagai institusi masyarakat.
1.4. Sekiranya guru menghadapi sebarang masalah, biasakanlah diri berbincang dengan
rakan-rakan dan selesaikan secara profesional. Ketua-ketua panitia, Guru
Kaunseling, Guru Penolong Kanan dan Guru Besar sendiri sentiasa sedia membantu.
Polisi kita adalah telus dan terbuka.
1.5. Pastikan guru-guru sentiasa merujuk kepada pekeliling-pekeliling Kementerian,
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Buku Panduan Tugas Sekolah,
Buku Panduan Pelajar, Prosedur-prosedur Kerja dan tatasusila Profesion Perguruan
Malaysia agar kita sentiasa berada di landasan yang betul.
2. SIKAP GURU
2.1 Guru harus mempunyai ‘high expectation’ terhadap setiap murid.
2.2 Kita harus menganggap bahawa murid kita itu mempunyai potensi untuk berjaya
dalam banyak bidang. Terpulang kepada guru untuk mencungkil potensi mereka.
2.3 Kita harus menyedari hakikat betapa pentingnya kurikulum tersirat ‘hidden
curriculum’.
2.4 Kita adalah ‘role model’ untuk menjadi inspirasi dan ikutan anak didik kita. Apa yang
kita lakukan memberi impak/kesan kepada murid.
2.5 Nilai-nilai murni keagamaan, moral harus ditanam dengan serius dan istiqamah.
2.6 Semua murid berhak untuk dikenali, dilihat dan menjadi sebahagian daripada proses
pendidikan. Tidak ada murid yang dinafikan untuk menerima pendidikan.
Pendidikan untuk semua.
3. KEMAHIRAN GURU
3.1 Kita perlu menjadikan diri kita pakar bukan sahaja dalam subjek atau ‘content’ malah
pakar untuk menjadikan pelajar kita ‘leaners for life’ (mengajar atau mendidik).
3.2 Kita harus sentiasa mengamalkan TQM dengan sentiasa mencari jalan bagaimana
untuk kita menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara objektif dan
berkesan.
3.3 Sekiranya seseorang pelajar itu tidak belajar kita perlu bertanya kenapa. Barangkali
kita penyebabnya. Oleh itu kita perlu membetul, menyusun dan mempelbagaikan
kaedah, misalnya :-
3.3.1 Teknik bahasa merentas kurikulum.
3.3.2 Teknik P&P ‘brain storming’ STRUM/PPAS.
3.3.3 Teknik berasaskan ‘research’/Kajian Tindakan.
3.3.4 Teknik Putaran (ajar uji - ajar semula - ajar semula).
100 | S K T D 2

