Page 103 - SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020
P. 103
P E N G U R U S A N 2 0 2 0
5.2.8 Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak
sekolah.
5.2.9 Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks
kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar
ke sekolah lain.
5.2.10 Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat
Jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
5.2.11 Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
5.2.12 Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan
memberitahu pelajar.
5.2.13 Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam
semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
5.2.14 Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK
HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut
yuran dan masalah disiplin lain.
5.2.15 Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar
baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod
Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
5.2.16 Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang
masuk Peperiksaan membantu menyusun kerusi meja.
5.2.17 Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di
samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.
5.2.18 Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
5.2.19 Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas
pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.
5.2.20 Berada di samping pelajar semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan
pada masa perhimpunan hari biasa.
5.2.21 Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah,
maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini. Dalam tiap-
tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah
kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.
5.2.22 Guru kelas hendaklah mencatatkan kehadiran pelajar-pelajar yang tidak
hadir ke sekolah mestilah menyerahkan surat / kenyataan bertulis daripada
ibu bapa / penjaga atau surat akuan doktor (Medical Certificate) kepada
guru kelas apabila hadir semula ke sekolah.
a. Sebaik-baiknya ibu bapa / penjaga memaklumkan kepada pihak sekolah
terlebih dahulu akan ketidakhadiran anak masing-masing melalui telefon
atau datang sendiri ke sekolah.
b. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah "secara berturut-turut" (tanpa
kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut:
i. Hari ke 3 – Amaran Pertama
ii. Hari ke 10 – Amaran Kedua
iii. Hari ke 17 – Amaran Terakhir
iv. Hari ke 31 – Pembuangan / Pemberhentian Persekolahan
103 | S K T D 2

