Page 104 - SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020
P. 104
P E N G U R U S A N 2 0 2 0
c. Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah "secara tidak berturut-turut"
(tanpa kenyataan) akan dikenakan tindakan seperti berikut:
i. Hari ke 10 – Amaran Pertama
ii. Hari ke 20 – Amaran Kedua
iii. Hari ke 40 – Amaran Terakhir
iv. Hari ke 60 – Pembuangan / Pemberhentian Persekolahan
5.2.23 Surat-surat tentang tindakan tersebut di atas akan dikeluarkan oleh pihak
sekolah kepada ibu bapa / penjaga, iaitu surat amaran pertama, surat
amaran kedua, surat amaran terakhir (berdaftar akuan terima) dan surat
pembuangan / pemberhentian persekolahan pelajar (berdaftar akuan
terima).
5.3. Pengurusan bilik darjah
5.3.1. Perkara-perkara yang perlu ada di dalam bilik darjah/kelas:
a. Di pintu masuk/hadapan – Satu salinan jadual waktu serta nama guru di bawah
setiap mata pelajaran. Satu salinan jadual kedatangan murid.
b. Di papan kenyataan – Satu salinan peraturan-peraturan sekolah, Satu salinan
peraturan kecemasan , carta mata pelajaran, Perkara-perkara lain yang difikirkan
perlu contoh kalender.
c. Di meja Guru – Pelan kedudukan murid dalam kelas.
d. Di dinding – Cogan kata jelas , jam dinding.
e. Perkara-perkara lain:
- Jika hendak memasang langsir pastikan pemasangannya betul dan kemas
- Penyapu , bakul sampah , dan penadah sampah disusun dengan kemas dan
teratur di belakang kelas.
- Lain-lain yang difikirkan perlu untuk menambahkan keindahan dan
keselesaan kelas.
5.3.2. Melantik ketua kelas dan penolongnya serta penubuhan j/kuasa kelas.
5.3.3. Menentukan bilangan kerusi/meja murid mencukupi untuk kelasnya.
5.3.4. Menentukan kebersihan kelas dijaga dengan sempurna.
5.3.5. Menentukan alat-alat pemadam , kayu pembaris , bakul sampah dan lain-lain dijaga
dengan baik.
5.3.6. Menentukan kerusi/meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga dengan sempurna oleh
pelajar-pelajar. Jika berlaku kerosakan/kehilangan, pelajar bertanggungjawab
menggantikannya.
5.3.7. Memeriksa dan menentukan keseragaman pakaian dan kesihatan murid-murid
seperti rambut , kuku , pakaian , gigi , kasut dan lencana nama.
5.3.8. Mengemas kini Kad 001 dan menyerahkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
5.3.9. Menyediakan borang berhenti sementara bagi guru-guru tahun 6 bagi tujuan
mengeluarkan Sijil Berhenti.
5.3.10. Menguruskan pemberian buku teks mengikut peraturan mengenainya.
5.3.11. Guru-guru kelas bertanggungjawab sepenuhnya atas kebersihan, keindahan dan
keselesaan bilik darjah.
104 | S K T D 2

