Page 102 - SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020
P. 102

P E N G U R U S A N   2 0 2 0




                                    perjalanan sekolah 15 minit lebih awal dan mengelolakan Perhimpunan
                                    (7.10pagi) dan (12.50 tghari) serta pergerakan murid (senyap dan tersusun).
                             5.1.2  Tugas
                                    Pada waktu rehat, suasana di kantin dan peraturan-peraturan kantin
                                    hendaklah dipastikan diikuti.
                                    5.1.2.1        Murid beratur (tertib, senyap dan tidak berebut-rebut)
                                                   semasa membeli makanan.
                                    5.1.2.2        Baca doa makan dalam keadaan senyap dan tertib.
                                    5.1.2.3        Masukkan pinggan, mangkuk, sudu garpu ke dalam tempat
                                                   yang disediakan.
                                    5.1.2.4        Pembuangan sampah oleh murid dikawal / sentiasa bersih.
                                    5.1.2.5        Rondaan kelas (murid-murid tidak dibenarkan berada di
                                                   dalam kelas).
                             5.1.3  Bangunan
                                    5.1.3.1        Pastikan bangunan, peralatan dan persekitaran sekolah
                                                   dalam  keadaan  selamat  dan  tidak  mendatangkan  bahaya
                                                   yang  boleh  menyebabkan  kecederaan  dan  perkara-perkara
                                                   yang  tidak  diingini.    Lapor  segera  sekiranya  ada  bahagian
                                                   bangunan, peralatan dan lain-lain yang boleh mendatangkan
                                                   bahaya kepada pihak pengurusan.
                                    5.1.3.2        Pastikan bangunan dan persekitaran bersih dan ceria
                                                   (rondaan).

                      5.2 Guru Kelas
                             5.2.1  Rekod dan kemas kini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual
                                    kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan
                                    sekolah.
                             5.2.2  Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditandakan pada waktu yang
                                    pertama pada setiap hari belajar.
                             5.2.3  Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat
                                    doktor  sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
                             5.2.4  Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada
                                    memberi  penjelasan  dan  sebab  yang  munasabah,  guru  darjah  hendaklah
                                    mengirimkan  surat  amaran  ponteng  sekolah  kepada  penjaganya  dengan
                                    satu salinan ke pejabat sekolah.
                             5.2.5  Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari
                                    buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM
                                    terlebih dahulu.
                             5.2.6  Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah
                                    mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran
                                    kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi dan meja berada dalam
                                    keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
                             5.2.7  Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan
                                    mengeluarkan  resit  kepada  pelajar  dan  merekodkannya  ke  dalam  buku
                                    jadual kedatangan dan buku yuran.



               102 | S K T D 2
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107