Page 105 - SK TAMAN DAYA 2 TAHUN 2020
P. 105
P E N G U R U S A N 2 0 2 0
5.4. Hal-hal lain
5.4.1. Memaklumkan dan menjelaskan kepada murid-murid tentang pemilihan kegiatan-
kegiatan kokurikulum dan sebarang arahan sekolah.
5.4.2. Mewujudkan suasana yang harmoni supaya tersemai rasa hormat menghormati antara
murid dengan guru dan murid dengan murid.
5.4.3. Menentukan pelajar-pelajar perempuan mempunyai adap sopan dan tingkah laku yang
baik.
5.4.4. Mengetahui serba sedikit latar belakang murid-muridnya dan kegiatan luar mereka.
5.5 Guru Subjek
5.5.1. Galakkan sikap positif terhadap murid-murid anda.
5.5.2. Sentiasa bersiap sedia menghadapi kelas dengan matlamat yang jelas/gunakan ABM
secara berkesan.
• Menepati masa, riang, tegas dan adil.
• Murahkan pujian.
• ‘Class control’.
5.5.3. Selesaikan sendiri masalah disiplin yang melibatkan P&P subjek anda.
5.5.4. Kerja rumah harus diberi secara memadai bilangannya, konsisten dan perlu disemak
segera setiap masa.
6. PENGURUSAN TUGAS GURU
6.1 Rutin Harian
6.1.1 Waktu 7.05 pagi hingga 2.00 petang ialah waktu persekolahan rasmi bagi guru sesi
pagi, manakala 12.20 tghari – 6.30 petang ialah waktu persekolahan rasmi guru sesi
petang.
6.1.2 Guru-guru dianggap mahir menguruskan masa tersebut secara optimum dan
berkesan bagi menjana ‘core bisness’.
6.1.3 Guru-guru diminta datang ke sekolah awal. Paling lewat 10 minit sebelum waktu
pertama. Masuk ke kelas masing-masing tepat pada waktunya. Mereka yang lewat
dikehendaki memberi kenyataan bertulis kepada Guru Besar.
6.1.4 Perakam waktu hendaklah diketik sebaik sahaja sampai ke sekolah.
6.1.5 Guru-guru bertugas diwajibkan menjalankan perhimpunan setiap hari bersama
pengawas bertugas, untuk :-
i. Doa, ikrar, lagu (Sekolah/Bangsa Johor/ Negara ku)/senaman ringkas.
ii. Menyampaikan maklumat (ringkas dan tepat).
iii. Guru Besar/GPK akan menyampaikan nasihat mengikut giliran
mingguan.
iv. Tindakan-tindakan disiplin/Peringatan terhadap pelanggaran disiplin.
6.1.6 Perakam waktu guru hendaklah diketik pada waktu balik.
6.2 Perhimpunan
6.2.1 Perhimpunan Mingguan dianggap tonggak budaya sekolah. Ianya diadakan setiap
minggu iaitu pada hari Ahad (7.15 pagi - 7.45 pagi bagi guru sesi pagi dan 12.30 –
1.00 petang bagi guru sesi petang).
6.2.2 Perhimpunan sekolah dikendalikan oleh Guru Pengawas, Guru Bertugas dan
Pengawas.
6.2.3 Ianya wajib dihadiri oleh semua murid dan guru. Sila lapor kepada Guru Besar
sekiranya tidak dapat bersama dalam perhimpunan tersebut.
105 | S K T D 2

