Page 351 - Buku Pengurusan
P. 351

342
             Pengurusan Hal Ehwal Murid
         1.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS


         1.1  APDM
             1.1.1   Guru tingkatan mengisi semua butiran murid dalam APDM pada bulan pertama
                   persekolahan.
             1.1.2   Tandakan kehadiran dan sebab keketidakhadiran pada setiap hari persekolahan
                   sebelum  pukul  9.00pagi(sesi  pagi)  dan  2.00  petang  (sesi  petang)  *Sila  ambil
                   perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid
                   yang datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke sekolah
             1.1.3   Tandakan - kehadiran seperti berikut:
                     Tandakan “/” sekiranya murid hadir .
                     Maklumkan  sekiranya  pelajar  tidak  hadir  bersebab  (surat  pengesahan
                      daripada ibu bapa/penjaga atau sijil sakit) dalam APDM.
             1.1.4   Semua sebab ketidakhadiran hendaklah dikemaskini selewat-lewatnya pada
                   jam 12.00 pagi (sesi pagi) dan 4.00 petang (sesi petang) setiap hari.
             1.1.5   E-penyata  bulanan  hendaklah  ditutup  tidak  lewat  dari  hari  terakhir  setiap
                   hujung bulan berikutnya.

         1.2  Murid “Bukan Warga Negara” (MBWN)
             1.2.1   Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), bayaran levi sebanyak RM240.00
                   wajib  dibayar  di  Pejabat  Pelajaran  Daerah  Miri  setiap  tahun  terlebih  dahulu
                   sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada
                   GPKHEM. Setiap MBWN juga  dikenakan bayaran tambahan seperti murid lain.

         1.3  Fail Peribadi Murid (Folder)
             1.3.1   Semua  murid  dari  kelas  Peralihan/Tingkatan  1  hingga  Tingkatan  5  wajib
                   mempunyai fail ini.
             1.3.2   Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Tingkatan ditulis
                   pada helaian pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar.
             1.3.3   Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan,
                   keputusan  Peperiksaan  Dalaman  ,  PT3  dan    lain-lain    disimpan  dalam  fail  ini.
                   Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik
                   Rawatan.
             1.3.4   Fail  ini  hendaklah  diserahkan  kepada  murid  apabila  murid  telah  menamatkan
                   persekolahannya atau bertukar sekolah.
             1.3.5   Semua fail perlu disimpan dalam bilik khas berlabel di bilik yang ditetapkan.

         1.4  Fail Kelas Guru Tingkatan
             1.4.1   Semua  surat  murid,  sama  ada  sijil  sakit  atau  surat  ibu  bapa/penjaga  bagi
                   memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.
             1.4.2   Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah
                   yang dikeluarkan juga disimpan dalam fail ini.
             1.4.3   Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh GPKHEM. GPKHEM akan
                   menyediakan dokumen penyemakan fail kelas.


                                                           SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT
   346   347   348   349   350   351   352   353   354   355   356