Page 355 - Buku Pengurusan
P. 355

346


        2.0 DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN

        2.1   Ponteng Sekolah
            2.1.1  Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak
                  membawa surat tunjuk sebab ketidakhadiran daripada ibu bapa/penjaga atau sijil
                  sakit pada keesokan harinya.
            2.1.2  Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:
                                                             Ponteng
                    Tindakan      Ponteng Berterusan
                                                       Berkala/Tidak Berurutan
                    Amaran 1       3 hari berturut-turut      10 hari
                    Amaran 2   7 hari selepas Surat Amaran 1  10 hari selepas Surat Amaran 1
                    Amaran 3   7 hari selepas Surat Amaran 2  20 hari selepas Surat Amaran 2
                                  14 hari selepas Surat    20 hari selepas
                  Buang Sekolah
                                      Amaran 3             Surat Amaran 3
                     Jumlah
                   keseluruhan         31 hari                60 hari
            2.1.3  Guru kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang
                  Rekod Ponteng Sekolah. Rekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam
                  fail kelas).
            2.1.4  Semua  surat  amaran  serta  surat  buang  sekolah  boleh  didapati  dari  pejabat
                  sekolah.
            2.1.5  Surat  Amaran  1,  2,  dan  3  mesti  diisi  dalam  3  salinan  dan  ditandatangani  oleh
                  Pengetua
                    Salinan 1 ( untuk ibu bapa/penjaga)
                    Salinan 2 ( untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku)
                    Salinan 3 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan)
            2.1.6  Surat  Buang  Sekolah  mesti  diisi  dalam  4  salinan  dan  terus  hantar  kepada
                  GPKHEM  untuk  tindakan  selanjutnya  dan  ditandatangani  oleh  Pengetua.

                  Nota:
                  Catatan dibuat oleh Guru Tingkatan dalam link e-Kedatangan untuk surat Amaran
                  Pertama, Amaran Kedua, Amaran Terakhir dan Buang Sekolah.
            2.1.7  Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan
                  berikut hendaklah dipatuhi:
                    Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada
                    ibu bapa/penjaga masing-masing.
                    Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada
                    ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan Guru Disiplin terlebih
                    dahulu.
                    Selepas  Amaran  3,  murid  mestilah  datang  ke  sekolah  bersama  –  sama  ibu
                    bapa/penjaga  dan  berjumpa  dengan  GPKHEM/GPKP.  Murid  dibenarkan
                    masuk  ke  kelas  setelah  jaminan  yang  diberi  oleh  ibu  bapa  atau  penjaga
                    melalui surat akur janji.
                    Murid  hanya  boleh  dibenarkan  bersekolah  semula  setelah  membuat  rayuan
                    dan diluluskan oleh pihak JPNS.






                                                           SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUJUT
   350   351   352   353   354   355   356   357   358   359   360