Page 356 - Buku Pengurusan
P. 356
347
2.0 DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN
2.2 Buku Pemantauan Kelas (BPK)
2.2.1 Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai BPK setiap
hari.
2.2.2 BPK akan diambil oleh pengawas Ketua Kelas pada waktu pagi (sesi pagi) dan
tengahari (sesi petang) di “pigeon hall” (rak ditetapkan). Adalah menjadi
tanggungjawab setiap Ketua Pengawas Kelas untuk memulangkan BPK ke
“pigeon hall” selepas tamat waktu persekolahan setiap hari.
2.2.3 BPK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Pengawas Kelas dan diserahkan
kepada guru yang masuk pada setiap waktu.
2.2.4 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa
tersebut. Bagi kelas yang bergabung seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Bahasa Cina , Bahasa Iban, ASK, RBT, dan Pendidikan Jasmani, BPK akan
dibuat secara berasingan.
2.2.5 Guru juga mestilah mencatat nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk
kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar.
2.2.6 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan
teratur sebelum menandatangani BPK.
2.2.7 Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan
oleh guru berkenaan semasa waktunya. Jika kes berat yang memerlukan
tindakan segera, buat catatan dalam BPK dan terus maklumkan kepada Ketua
Guru Disiplin/GPK HEM/GPKP.
2.2.8 Guru Kelas akan menyemak BPK setiap hari dan mengambil nama murid yang
bermasalah untuk diserahkan kepada Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya
pada keesokkannya.
2.2.9 Penyelaras Tingkatan hendaklah menjaga BPK dengan baik dan sempurna
mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada GPKHEM pada
setiap bulan.
2.3 Pas Keluar
2.3.1 Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada GPK HEM
pada awal tahun.
2.3.2 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan
sebagainya mesti memakai pas berkenaan.
2.3.3 Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk
mendapatkan pas daripada guru kelas atau guru kelas sebelahnya jika tiada guru.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

