Page 352 - Buku Pengurusan
P. 352
343
1.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS
1.5 Pendaftaran Murid Baru
1.5.1 Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan. (Status
kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh penyelaras tingkatan / guru data
terlebih dahulu).
1.5.2 Penyelaras tingkatan akan menyemak semula status kewarganegaraan murid
sebelum urusan mendaftar dilakukan.
1.5.3 Penyelaras Tingkatan menempatkan kelas pelajar yang berpindah.
1.5.4 Guru tingkatan mengemaskini data murid dalam APDM.
1.5.5 Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk
biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
1.5.6 Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan memaklumkan
kepada PK HEM.
1.5.7 Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/pelajar miskin dan
memaklumkan kepada PK HEM.
1.5.8 PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PBD, PEKA, PAJSK, SEGAK dan lain-lain
berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu.
1.6 Buku Teks
1.6.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
1.6.2 Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan
pemulangan buku teks.
1.6.3 Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan
buku teks.
1.6.4 Murid yang menghilangkan buku teks perlu menggantikan buku yang hilang
dengan buku baru.
1.6.5 Guru tingkatan juga memastikan setiap murid membalut buku teks dengan plastik
lutsinar dan ditulis nama serta kelas. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan
semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah.
1.6.6 Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat-lewatnya pada hari pertama
persekolahan.
1.7 Murid Keluar / Bertukar / Berpindah
1.7.1 Menentukan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
1.7.2 Mengemaskini maklumat/butiran dalam APDM kelas.
1.7.3 Pertukaran dalam negeri Sarawak
Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru.(Sila guna borang khas
di pejabat ).
Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
1.7.4 Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid- murid yang telah
berada di SMK Pujut sekurang -kurangnya selama satu (1) tahun.
1.7.5 Guru tingkatan menyediakan semua dokumen lengkap PBD, laporan disiplin dan
lain-lain dalam Fail Peribadi Murid.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

