Page 354 - Buku Pengurusan
P. 354
345
1.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS
1.8.7 Guru tingkatan mengadakan Mesyuarat bulanan Kelas
Dalam mesyuarat tersebut guru tingkatan boleh menyampaikan arahan-
arahan, motivasi serta strategik peningkatan (akademik, akhlak dan
pengurusan kelas)
Guru tingkatan meminta setiausaha mencatat minit mesyuarat dan
menyerahkan minit mesyuarat kepada PKHEM setiap bulan.
1.8.8 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi
tanggungjawab pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau rosak.
1.8.9 Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik
dan selamat digunakan.
Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan
(Guru Perabot/Guru Pembangunan/PKHEM).
Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas
dengan cekap dan penuh dedikasi.
1.9 Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri / Tidak Hadir Tanpa Sebab
1.9.1 Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan diri. Kumpulan murid
ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari pertama persekolahan
sesi 2021, tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit.
1.9.2 Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng sekolah
dan surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang
telah ditetapkan.
1.8.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.
1.8.4 Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri.
1.8.5 Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang rosak ke bengkel
sekolah.
1.8.6 Kebersihan kelas:
Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru yang masuk ke
kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur
sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum
keluar dari kelas berkenaan.
Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang (kalau ada) pada
waktu akhir setiap hari. 5 minit sebelum berakhir PdPc, murid bertugas
mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru. Menutup lampu dan
kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021

