Page 220 - BUKU PENGURUSAN SMK PUJUT
P. 220

(C)  PENGURUSAN PEROLEHAN

            1.  Meneliti perancangan tahunan dan perancangan awal perolehan sekolah serta
                menyemak  prestasi  perolehan  yang  telah  dilaksanakan  berdasarkan
                perancangan tersebut.

            2.  Memastikan semua urusan berkaitan perolehan kerajaan berdasarkan amalan
                tadbir  urus baik (good governance practises) dengan mematuhi prinsip-prinsip
                perolehan kerajaan dan semua dasar semasa kerajaan.

            3.  Memastikan  peraturan  perolehan  kerajaan  yang  berkuat  kuasa  dipatuhi
                sepenuhnya,  ermasuk perolehan bagi item Kontrak Pusat dan Kontrak Sistem
                           t
                Panel.

            4.  Memastikan  syarikat/kontraktor  yang  mengambil  bahagian  dalam  perolehan
                kerajaan berdaftar dengan Kementerian Kewangan bagi perolehan bekalan dan
                perkhidmatan  serta  berdaftar  dengan  Pusat  Khidmat  Kontraktor  (PKK)  dan
                Lembaga Pembangunan  Industri  Pembinaan  Malaysia  (LPIPM/  CIDB)  bagi
                perolehan kerja.

            5.  Memastikan penilaian teknikal dan kewangan yang dibuat ke atas sebut harga

                adalah yang terbaik dan paling menguntungkan (best value for money) kepada


                kerajaan serta dilaksanakan secara telus.

            6.  Memastikan  Jawatankuasa  Sebut  Harga  bersidang  dengan  kerapnya  untuk
                melancarkan   perancangan   perolehan   dan   mempercepatkan   sistem
                penyampaian kerajaan.

            7.  Memastikan perolehan yang dilaksanakan tidak dipecah kecil untuk mengelakkan
                diri daripada membuat pelawaan secara sebut harga atau tender.

            8.  Memastikan kontrak ditandatangani oleh pegawai awam yang diturunkan kuasa
                oleh menteri.

            9.  Memastikan  semua  kontrak  kerajaan  ditadbir  dengan  cekap  dan  telus  serta
                memantau kemajuan pelaksanaan projek agar tidak mengalami kelewatan atau
                menjadi projek sakit.



        (D)  PENGURUSAN ASET DAN STOR

           1.   PGB  sebagai  ketua  jabatan  perlu  memastikan  pengurusan  aset
                dilaksanakan  secara cekap,  teratur  dan  berkesan  mengikut  semua
                Pekeliling  Perbendaharaan  yang  berkaitan.  Ketidakpatuhan  kepada
                perkara  tersebut  akan  menyebabkan  sekolah  berkenaan  mendapat
                teguran audit.













                                                                                 213
   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225