Page 145 - BUKU LATEST
P. 145
PENGURUSAN PERKHIDMATAN GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)
PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
Apakah yang melayakkan seorang pegawai diberi taraf berpencen?
Seseorang pegawai layak diberi taraf berpencen sekiranya tidak memilih skim KWSP, telah disahkan dalam perkhidmatan
dan genap tempoh 3 tahun perkhidmatan yang boleh diambilkira. Secara umumnya, tarikh PTB ditetapkan pada satu hari
bulan pada bulan berikutnya selepas SPP menerima perakuan lengkap daripada Ketua Jabatan. Dokumen yang perlu
dikemukakan bagi tujuan Pemberian Taraf Berpencen adalah seperti berikut:
i. Borang Permohonan PTB Pegawai (SPP/K/003) - (Lampiran VI Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013);
ii. Borang Perakuan PTB - Jadual Keenam (Lampiran VII atau Lampiran VIII Pekeliling SPP Bil. 4 Tahun 2013); dan
iii. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan (Kenyataan Perkhidmatan, Kenyataan Cuti dan Lembaran Kelakuan) yang kemas
kini/teratur dan disahkan.
PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN (PTP)
Bilakah permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
(SPP)?
Perakuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan asalnya iaitu mengikut
Peraturan 30(2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
[P.U.(A) 1/2012].
Apakah dokumen yang diperlukan untuk pelanjutan tempoh percubaan?
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:
i. Perakuan daripada Ketua Jabatan melalui Jadual Ketiga – Borang Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan
Jadual Keempat - Borang Perakuan Pelanjutan Tempoh Percubaan, merujuk kepada - Peraturan 29(2) & (4) dan 30(3),
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A)
1/2012] ;
ii. Salinan BPK yang telah dikemaskini; dan
iii. Surat alasan daripada pegawai tentang kelewatan memenuhi syarat perkhidmatan
Berapa tahunkah Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan?
Mengikut Peraturan 30(5), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhid-
matan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua belas bulan,
tetapi Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua belas bulan jika difikirkan
patut.
Manakala pegawai yang gagal mendapat sokongan Ketua Jabatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hanya melanjutkan
tempoh percubaan selama dua belas bulan sahaja dan diikuti dengan penamatan, jika pegawai masih gagal untuk diberi
CUTI REHAT (CRK)
Seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 di lantik mulai 1 Julai 1996. Pegawai dinaikkan pangkat ke
Gred DG32 pada 1 Oktober 2006. Pada 1 Januari 2007, pegawai dilantik sebagai Guru Besar. Pegawai telah memilih
untuk kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan menut PP 4/2002 atau PP 20/2008. Pada 1 Januari 2010, pegawai telah
dilantik ke jawatan PPP Gred DG41 setelah menamatkan pengajian peringkat Ijagikzah Sarjana Muda dan kekal sebagai
Guru Besar di sekolah yang sama. Berapakah kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai setelah dilantik ke jawatan Gred
DG41?
Kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai adalah sebanyak 25 hari setahun. Berdasarkan PP 14/2008, pegawai awam
yang lantikan mulai 1 Januari 2009, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam
PP14/2008. Sehubungan itu, kadar Cuti Rehat tahunan pegawai yang telah memilih opsyen untuk kekal diberi kemudahan
Cuti Rehat tahunan di bawah PP 4/2002 atau PP 20/2005 dan pegawai lantikan mulai 1 Januari 2009 adalah seperti berikut :
PPPLD yang dilantik sebagai PPPS:
Penetapan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan di jawatan/ skim perkhidmatan yang baharu (PPPS) adalah berdasarkan
tarikh lantikan pegawai ke jawatan/ skim perkhidmatan yang baharu (PPPS).
139

