Page 97 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 97
Eksplorasi Seni Standard Pembelajaran
Pembelajaran
Dalam Persepsi Seni, anda telah mengetahui ciri-ciri harmoni Selepas mempelajari subtajuk ini,
dapat menyerlahkan fungsi prinsip harmoni pada alam dan murid dapat:
karya seni. Teknik-teknik penghasilan harmoni pula dapat • Membuat eksperimentasi dan
penerokaan prinsip harmoni
membantu anda menghasilkan karya yang lebih berkesan. pada alam semula jadi dengan
Berdasarkan pengetahuan tersebut, lakukan aktiviti penerokaan pelbagai teknik.
di luar kelas supaya anda lebih memahami prinsip ini.
KEMBARA VISUAL
Lokasi: Persekitaran kawasan sekolah
Tujuan: Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta
penerokaan prinsip harmoni pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya
seni melalui penggunaan media, proses dan teknik.
Langkah:
1. Lakukan aktiviti ini secara individu.
2. Anda boleh menggunakan media kering seperti pen atau
pensel karbon untuk membuat lakaran objek.
3. Setiap murid perlu memilih satu tempat yang sesuai seperti Tetingkap fokus
kawasan kantin, sekitar bangunan, taman rekreasi sekolah digunakan untuk
memudahkan proses
atau gelanggang permainan. mencari komposisi yang
4. Anda boleh gunakan buku sketsa untuk melakar objek yang sesuai serta bertepatan
telah diperhatikan. dengan objektif lakaran.
5. Gunakan kaedah tetingkap fokus bagi memudahkan anda
memilih komposisi yang mempunyai ciri-ciri harmoni.
Menggunakan tangan Menggunakan kertas keras Contoh lakaran
objek kajian
Gambar foto 8.1 Kaedah tetingkap fokus
Soalan: Bolehkah anda mengenal pasti ciri-ciri yang mewujudkan prinsip harmoni pada lakaran
yang anda hasilkan?
91

