Page 96 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 96

Anda telah mempelajari ciri-ciri dan fungsi harmoni. Mari kita bincangkan perkara ini
               dengan lebih lanjut dalam aktiviti berikut.

                Aktiviti
                Aktiviti   Multimedia
                           Multimedia




                Tujuan:                                                      Layari laman sesawang
                  1.  Mengidentifikasikan prinsip harmoni pada alam semula   berikut untuk membantu
                     jadi, objek buatan manusia dan karya seni.              anda memahami lebih
                                                                             lanjut tentang prinsip
                  2.  Menginterpretasikan ciri-ciri dan fungsi harmoni pada   harmoni:
                     alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni.
                Langkah:                                                             http://goo.gl/
                                                                                     Rin9o9
                  1.  Guru membawa murid-murid ke bilik komputer.
                  2.  Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
                  3.  Murid diminta menonton video seni visual daripada
                     carian laman sesawang yang diberi.
                  4.  Secara berkumpulan, bincangkan lebih lanjut tentang ciri-ciri
                     dan fungsi prinsip harmoni dengan bantuan maklumat daripada Internet.

                                   Jadual 8.1 Contoh ciri-ciri dan fungsi harmoni pada objek
                               Objek                Ciri-ciri harmoni         Fungsi harmoni
                      1.  Daun                  • Harmoni warna           • Mewujudkan ketenangan

                  5.  Catatkan hasil perbincangan kumpulan dalam bentuk peta pemikiran i-THINK.
                  6.  Persembahkan hasil dapatan tersebut kepada guru anda untuk dinilai.

                Soalan: Bagaimanakah prinsip harmoni mempengaruhi kehidupan kita?


                    Latihan Formatif

                 1.  Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

                    (a)  Harmoni ialah tindak balas         dalam alam dan karya seni yang
                       menyepadukan unsur-unsur.
                    (b)  Ciri-ciri harmoni yang jelas dapat menghasilkan      .

                    (c)  Susunan atau ulangan unsur seni yang          akan mewujudkan harmoni dalam
                       karya seni visual.
                 2.  Tandakan (3) pada teknik yang betul dalam penghasilan harmoni.

                    (a)  Susunan unsur rupa dan bentuk yang menghala pada arah bertentangan.
                   (b)  Pengulangan motif yang sama.
                    (c)  Penyatuan warna yang harmoni seperti warna sejuk.
                   (d)  Susunan unsur rupa dalam keadaan yang seimbang.

                                                         90
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101