Page 125 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 125
Eksplorasi Seni Standard Pembelajaran
Pembelajaran
Ciri-ciri kepelbagaian menjadikan sesuatu gubahan dan Selepas mempelajari subtajuk ini,
karya seni visual lebih menarik serta ceria. Penggunaan murid dapat:
teknik-teknik penghasilan kepelbagaian yang betul dapat • Membuat eksperimentasi
dan penerokaan prinsip
mewujudkan prinsip kepelbagaian yang berkesan dalam kepelbagaian pada alam
sesebuah gubahan. Mari kita lakukan aktiviti eksplorasi semula jadi dengan pelbagai
berikut untuk memahami prinsip kepelbagaian dalam seni teknik.
visual dengan lebih lanjut.
Aktiviti
Tujuan: Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta
penerokaan prinsip kepelbagaian pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan
karya seni melalui penggunaan media, proses dan teknik.
Langkah:
1. Gunakan lembaran kerja yang disediakan oleh guru.
2. Anda perlu menggunakan lembaran kerja tersebut untuk menerangkan ciri-ciri
kepelbagaian yang wujud pada objek kajian.
3. Siapkan lembaran dan persembahkan hasil tersebut di hadapan kelas.
Jadual 11.2 Contoh lembaran kerja
Karya Ciri-ciri kepelbagaian
Soalan: Bandingkan ciri-ciri kepelbagaian pada karya kajian anda.
119

