Page 131 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 131
Persepsi Seni Standard Pembelajaran
Pembelajaran
Definisi Imbangan Selepas mempelajari subtajuk ini,
murid dapat menjelaskan melalui
Imbangan bermaksud kesamaan perbincangan tentang:
dan kesepadanan dari segi berat, • Definisi imbangan
kedudukan dan tumpuan. Imbangan • Ciri-ciri imbangan pada:
merujuk kepada cara elemen ❖ Alam semula jadi
seni disusun. Imbangan diolah ❖ Objek buatan manusia
berasaskan kepada berat ringan ❖ Karya seni visual
secara fizikal dalam menghasilkan • Fungsi imbangan
karya 3D. Dalam karya 2D pula,
imbangan diolah berasaskan kepada
pertimbangan secara visual.
Gambar foto 12.1
Imbangan pada pepatung
Ciri-ciri Imbangan
Ciri-ciri imbangan boleh dilihat dari segi simetri. Imbangan simetri Garisan paksi ialah
garisan bayangan untuk
dalam seni visual wujud apabila unsur-unsur seni yang digunakan membahagikan dua
saksama jika dilihat menggunakan garisan paksi di tengah-tengah bahagian.
sebuah karya. Imbangan yang tidak saksama pula dianggap tidak
simetri. Prinsip imbangan boleh dilihat pada alam semula jadi, objek
buatan manusia dan karya seni visual. Imbangan dapat mewujudkan
suasana yang harmoni, stabil dan kukuh dalam sesuatu gubahan. Selain
itu, imbangan mampu menghasilkan variasi dan menarik perhatian.
Gambar foto 12.2 Imbangan simetri pada objek
buatan manusia
Abdul Latiff Mohidin, Mindscape, 1983,
Cat minyak
Gambar foto 12.3 Imbangan simetri
Jenis Imbangan pada karya seni
Terdapat dua jenis imbangan, iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri. Jenis imbangan
boleh ditentukan dengan melukis satu garisan paksi di bahagian tengah sesuatu objek itu. Mari
kita kenal pasti jenis imbangan melalui ciri-ciri objek dalam rajah di halaman 126 dan 127.
125

