Page 136 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 136

Eksplorasi Seni                                         Standard     Pembelajaran
                                                                                      Pembelajaran

               Gunakan pelbagai teknik untuk menghasilkan prinsip         Selepas mempelajari subtajuk ini,
                                                                          murid dapat:
               imbangan yang telah anda pelajari dalam Kembara            •  Membuat eksperimentasi
               Visual berikut.                                              dan penerokaan prinsip

                                                                            imbangan pada alam semula jadi
                                                                            dengan pelbagai teknik.


                      KEMBARA VISUAL



                Lokasi:  Kawasan sekolah
                Tujuan:  Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta
                        penerokaan prinsip imbangan pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan
                        karya seni melalui penggunaan media, proses dan teknik.
                Langkah:
                  1.  Lakukan lakaran ini secara individu menggunakan media pilihan murid.
                  2.  Setiap murid perlu memilih satu tempat yang sesuai di sekitar kawasan sekolah.
                  3.  Perhati dan lakarkan satu objek imbangan simetri dan satu objek imbangan tidak simetri
                     di kawasan tersebut.
                  4.  Gunakan buku sketsa untuk melakar objek yang diperhatikan.
                  5.  Persembahkan lakaran kepada guru untuk dinilai.

                Soalan: Dapatkah anda mengenal pasti ciri-ciri yang mewujudkan prinsip imbangan pada
                        lakaran anda?



                    Berdasarkan aktiviti di atas, anda akan dapat menghasilkan lakaran menggunakan prinsip
               imbangan. Lihat contoh lakaran yang dihasilkan menggunakan prinsip imbangan dalam rajah
               di bawah.





















                        Rajah 12.3 Contoh lakaran objek          Rajah 12.4 Contoh lakaran objek
                                 imbangan simetri                          imbangan tidak simetri
                                                         130
   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141