Page 135 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 135

Lakukan perbincangan dalam aktiviti berikut untuk mengukuhkan kefahaman anda
                 mengenai prinsip imbangan.

                  Aktiviti   Multimedia
                  Aktiviti
                             Multimedia




                  Tujuan:
                    1.  Mengidentifikasi prinsip imbangan pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan
                      karya seni.
                    2.  Menginterpretasikan ciri dan fungsi imbangan pada alam semula jadi, objek buatan
                      manusia dan karya seni.
                  Langkah:
                    1.  Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
                    2.  Guru menayangkan slaid objek-objek alam semula jadi, buatan manusia dan karya seni
                      visual di skrin putih.
                    3.  Murid boleh mencari maklumat daripada carian laman sesawang atau bahan bacaan.
                    4.  Kemudian bincangkan lebih lanjut tentang ciri-ciri dan fungsi prinsip imbangan pada
                      objek-objek tersebut.

                                      Jadual 12.1 Ciri-ciri dan fungsi imbangan pada objek
                                Objek                Ciri-ciri imbangan        Fungsi imbangan
                       1.  Kereta                • Bentuk yang sama di     • Mewujudkan kestabilan
                                                   kedua-dua bahagian        untuk bergerak

                    5.  Catatkan hasil perbincangan anda dalam bentuk peta pemikiran i-THINK.
                    6.  Persembahkan hasil tersebut kepada guru untuk dinilai.

                  Soalan: Berdasarkan carian maklumat anda, jenis imbangan yang manakah banyak terdapat
                          di sekeliling kita?




                     Latihan Formatif


                   1.  Gariskan jawapan yang betul.
                     (a)  Imbangan bermaksud suatu keadaan yang (seimbang, kontra) serta sepadan.
                     (b)  Terdapat (dua, tiga) jenis imbangan.
                     (c)  Jenis imbangan ditentukan dengan melukis satu garisan paksi di bahagian (tepi, tengah)
                         sesuatu objek.
                     (d)  Cermin mata ialah contoh objek imbangan (simetri, tidak simetri).
                   2.  Nyatakan jenis-jenis imbangan.
                   3.  Nyatakan dua ciri imbangan.
                   4.  Nyatakan fungsi imbangan pada sebuah kapal terbang.

                                                          129
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140