Page 144 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 144

Mari kita lakukan aktiviti berikut supaya anda lebih memahami prinsip kesatuan.


                 Aktiviti  Multimedia
                 Aktiviti
                           Multimedia



                Tujuan:
                  1.  Mengidentifikasikan prinsip kesatuan pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan
                     karya seni.
                  2.  Menginterpretasikan ciri-ciri dan fungsi kesatuan pada alam semula jadi, objek buatan
                     manusia dan karya seni.
                Langkah:
                  1.  Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
                  2.  Tonton video klip daripada laman sesawang yang ditayang oleh guru tentang prinsip
                     kesatuan dalam seni visual.
                  3.  Setiap kumpulan perlu mencatat ciri-ciri dan fungsi kesatuan yang dipaparkan dalam
                     video klip tersebut.
                                  Jadual 13.1 Contoh ciri-ciri dan fungsi kesatuan pada objek

                          Objek           Ciri-ciri kesatuan             Fungsi kesatuan
                      1.  Tayar kereta  •  Kesatuan pada jalinan  •  Memberi corak berulang




                  4.  Persembahkan hasil dapatan kumpulan anda untuk dinilai oleh guru.
                Soalan: Senaraikan unsur seni yang terdapat pada sesuatu objek dalam mewujudkan kesatuan.




                    Latihan Formatif

                 1.  Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.

                      motif       corak     hubungan      menarik

                    (a)  Kesatuan ialah          antara unsur seni yang membantu dalam menghasilkan
                       karya seni visual.
                    (b)  Sarung kusyen mempunyai prinsip kesatuan melalui          yang sama.
                    (c)  Kesatuan dalam karya seni visual dapat menjadikan karya lebih      .
                    (d)  Ciri kesatuan pada kain pua Sarawak terdapat pada ulangan       yang sama.
                 2.  Nyatakan dua ciri kesatuan.

                 3.  Berikan tiga fungsi kesatuan dalam karya seni visual.


                                                         138
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149