Page 161 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 161

Persepsi Seni                                           Standard      Pembelajaran
                                                                                        Pembelajaran

                 Definisi Tajuk dan Mesej                                   Selepas mempelajari subtajuk ini,
                                                                            murid dapat menjelaskan melalui
                 Tajuk ialah judul dan fokus sesuatu karya untuk            perbincangan tentang:
                 menggambarkan mesej yang ingin disampaikan. Mesej pula     •  Definisi tajuk dan mesej
                 ialah makna atau maksud tersurat dan tersirat yang terkandung   •  Tujuan aplikasi tajuk
                 dalam sesebuah karya seni. Pemahaman terhadap tajuk dan     dan mesej dalam proses
                 mesej dapat mempertingkatkan penghayatan kita terhadap      pembentukan karya
                 sesebuah karya seni. Rajah 15.1 ialah contoh pernyataan di atas   •  Kaedah pembentukan dan
                                                                             proses perkembangan tajuk
                 bagi menggambarkan mesej yang ingin disampaikan.
                                                                             dan mesej
                                                                            •  Teknik
                                                                              ❖ Konvensional
                                                    Tema  : Sosioekonomi      ❖ Kontemporari
                                                    Tajuk  : Membeli-belah
                                                          di Kampung
                                                    Mesej : Aktiviti harian
                                                          dan nilai-nilai
                                                          budaya dalam
                                                          masyarakat
                                                          tempatan

                                                                                 • Mesej juga dikaitkan
                                                                                   dengan tema, iaitu
                                                    Mohd. Sallehuddin,
                                                    Membeli-belah di Kampung,      inti pati kepada
                                                    1959, Cat minyak               pengkaryaan dan
                                                    Koleksi LPSVN                  perekaan.
                                                                                 • Tema ialah subjek yang
                    Rajah 15.1 Contoh karya yang mengandungi tajuk dan mesej       dibincangkan oleh

                 Tujuan Aplikasi Tajuk dan Mesej                                   pelukis dalam karya
                                                                                   seni visual melalui
                 Tujuan aplikasi tajuk dan mesej dalam proses pembentukan          paparan imej tertentu.
                 karya adalah untuk menjadikan karya seni visual tersebut lebih   • Tiga persoalan penting
                 bermakna dan bukan sekadar untuk nilai keindahan semata-mata.     sebagai panduan untuk
                                                                                   menghasilkan karya:
                 Tajuk mestilah sesuai dengan tema agar karya seni itu mampu       ❖ Apakah (hal benda)
                 memberikan mesej seperti pengajaran dan maklumat tertentu.
                                                                                   ❖ Bagaimanakah
                                                                                     (bentuk)
                 Kaedah Pembentukan dan Proses Perkembangan Tajuk                  ❖ Mengapakah
                 dan Mesej                                                           (kandungan)
                 Sesebuah karya seni visual dihasilkan melalui gabungan tiga
                 komponen penting, iaitu hal benda, bentuk dan kandungan.
                 Hal benda berkait rapat dengan imej yang dipilih bagi mewakili
                 tema. Bentuk merujuk kepada unsur seni dan prinsip rekaan yang
                 diaplikasikan dalam proses pembentukan karya. Kandungan pula
                 biasanya berkisar pada persoalan makna dan lambang kebudayaan,
                 sosiologi, politik, sejarah dan nilai estetik. Kandungan berkait rapat
                 dengan sebab sesuatu mesej itu ingin disampaikan.

                                                          155
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166