Page 162 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 162

Teknik Konvensional dan Teknik Kontemporari


               Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti karya seni visual. Terdapat dua jenis teknik
               yang biasa digunakan, iaitu teknik konvensional dan teknik kontemporari. Teknik konvensional
               merujuk kepada proses pembentukan hasil karya visual yang terikat dengan proses atau cara
               tradisi. Teknik kontemporari pula ialah proses yang tidak terikat dengan kaedah tradisi dan lebih
               kreatif serta inovatif.
                                     Teknik konvensional     Teknik kontemporari
                                     Juhari Said,            Raduan Man,
                                     Katak Hendak Jadi Lembu,  Dancing With Nature Series,
                                     1997, Cetakan kayu      2006, Cetakan kayu
                                     atas kertas             dan media campuran
                                     Sumber: Buku Akal Di    atas kertas
                                     Mata Pisau              Sumber: Katalog Pameran
                                                             Beyondprint
                                Rajah 15.2 Contoh teknik konvensional dan teknik kontemporari

                    Lakukan aktiviti di bawah untuk lebih memahami cara menghasilkan karya seni visual
               yang menarik.

                  Aktiviti

                 Tujuan:
                   1.  Mengidentifikasikan tajuk dan mesej dalam proses pembentukan karya.
                   2.  Menginterpretasikan tajuk dan mesej dalam proses pembentukan karya.
                 Langkah:
                 Merujuk karya di bawah, berikan pandangan anda berdasarkan persoalan-persoalan berikut:
                   1.  Adakah tajuk karya Beijing Impression itu sesuai dengan mesej berkaitan penghargaan?
                   2.  Bagaimanakah unsur seni dan prinsip rekaan diaplikasikan dalam karya ini?
                   3.  Pada pandangan anda, mengapakah pelukis menggunakan bangunan sebagai hal benda
                     untuk menyampaikan mesej penghargaannya?
                   4.  Adakah karya ini dikategorikan sebagai
                     konvensional atau kontemporari? Berikan
                     rasional anda.



                      Tajuk karya lukisan ini ialah Beijing Impression
                      yang bertemakan bangunan bersejarah. Pelukis
                      ingin menyampaikan mesej tentang penghargaan
                      beliau terhadap keunikan bangunan tersebut.

                      Ham Rabeah Kamarun, Beijing Impression, 2007,
                      Arang dan krayon


                                          Rajah 15.3 Tajuk dan mesej dalam karya
                 Arahan: Buat catatan sumbangsaran dalam buku nota anda.

                                                         156
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167