Page 163 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 163
Latihan Formatif
1. Apakah yang dimaksudkan dengan tajuk dan mesej?
2. Nyatakan tujuan tajuk dan mesej dalam pembentukan karya seni visual.
3. Apakah tiga komponen penting yang perlu ada dalam sesebuah karya?
4. Bagaimanakah anda dapat membezakan tajuk dan mesej dalam sesebuah karya?
Eksplorasi Seni Standard Pembelajaran
Pembelajaran
Anda telah memahami tajuk dan mesej sangat penting dalam Selepas mempelajari subtajuk ini,
penghasilan sesebuah karya. Pengkarya yang kreatif boleh murid dapat:
menyampaikan tajuk dan mesejnya dalam bentuk seni visual • Meneroka kaedah penjanaan
yang bermakna. Lakukan aktiviti di bawah untuk lebih tajuk dan mesej
memahami tajuk dan mesej dalam karya seni. • Menghuraikan secara visual,
bertulis atau lisan bagi
Dalam aktiviti ini, guru akan memberikan beberapa objek mempamerkan pemahaman
atau visual objek berkenaan kepada setiap kumpulan. Ahli-ahli terhadap tajuk dan mesej
dalam setiap kumpulan dikehendaki membincangkan tajuk • Mencerakinkan proses
dan mesej yang digunakan dalam penghasilan karya tersebut. ❖ Komponen tajuk dan mesej
Aktiviti
Tujuan: Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta
penerokaan aplikasi tajuk dan mesej dalam proses pembentukan karya melalui
penggunaan media, proses dan teknik.
Langkah:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Kaji dan lengkapkan maklumat tentang tajuk, mesej dan teknik berpandukan objek atau
visual objek berkenaan yang diberi oleh guru dalam jadual berikut:
Jadual 15.1 Lembaran kerja
Karya Tajuk Mesej Teknik
Arca
Poster
Tepak sirih
3. Tulis hasil dapatan perbincangan anda dalam buku nota seni.
157

