Page 40 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 40
Persepsi Seni Standard Pembelajaran
Pembelajaran
Selepas mempelajari subtajuk ini,
Definisi Rupa murid dapat menjelaskan melalui
perbincangan tentang:
Rupa ialah pertemuan hujung sesuatu garisan dengan • Definisi rupa
permulaannya. Rupa juga dapat didefinisikan sebagai • Jenis rupa pada:
kawasan dua dimensi (2D) yang dikelilingi ataupun dibatasi ❖ Alam semula jadi
oleh garisan luar. Rupa hanya mempunyai panjang dan lebar. ❖ Objek buatan manusia
Rupa juga dapat menghasilkan ilusi objek tiga dimensi (3D) ❖ Karya seni visual
yang kelihatan seperti objek sebenar. • Fungsi rupa
Jenis Rupa
Rupa terdiri daripada dua jenis, iaitu rupa organik dan rupa geometri. Rupa organik ialah rupa
yang bebas tanpa sudut. Lingkaran garis luarnya beralun bebas, tidak mempunyai sempadan dan
terhasil secara spontan. Rupa geometri ialah rupa yang mempunyai sempadan, bersudut, bersifat
statik dan biasanya menggunakan alat geometri untuk menghasilkannya.
Jenis dan Contoh Rupa
Rupa organik Rupa geometri
Rajah 3.1 Jenis dan contoh rupa
Jenis-jenis rupa ini wujud pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni
visual. Lihat contoh-contoh dalam rajah berikut:
Rupa
Alam semula jadi Objek buatan manusia Karya seni visual
Rajah 3.2 Rupa di sekeliling kita
34

