Page 41 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 41
Rupa juga boleh dilihat secara rupa positif atau rupa negatif. Lihat rajah di bawah untuk
mengetahui langkah-langkah penghasilan rupa positif dan rupa negatif.
Objek sebenar sebagai Lukiskan garis luar Gelapkan seluruh Gelapkan latar
subjek kajian. subjek kajian. rupa tersebut. belakang yang
Rupa yang terhasil mengelilingi subjek.
ialah rupa positif. Rupa yang terhasil
ialah rupa negatif.
Rajah 3.3 Penghasilan rupa positif dan rupa negatif
Fungsi Rupa
Rupa mempunyai pelbagai fungsi. Olahan rupa boleh menghasilkan corak, lambang, logo
dan tipografi. Olahan rupa yang berulang-ulang boleh menghasilkan corak secara tindanan,
penambahan dan pengurangan seperti contoh berikut:
(a) Tindanan (b) Penambahan (c) Pengurangan
= = =
Corak hasil rupa tindanan Corak hasil rupa penambahan Corak hasil rupa pengurangan
Rajah 3.4 Corak yang terhasil daripada olahan rupa
35

