Page 43 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 43

Mari lakukan aktiviti berikut untuk mengenali jenis dan fungsi rupa yang wujud
                 di persekitaran kita.

                  Aktiviti
                  Aktiviti   Multimedia
                             Multimedia





                  Tujuan:
                    1.  Mengidentifikasikan unsur rupa pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan
                      karya seni.
                    2.  Menginterpretasikan jenis dan fungsi rupa pada alam semula jadi, objek buatan manusia
                      dan karya seni.
                  Langkah:
                    1.  Bahagikan murid kepada tiga kumpulan.
                      (a)  Kumpulan A mengkaji rupa pada alam semula jadi
                      (b)  Kumpulan B mengkaji rupa pada objek buatan manusia
                      (c)  Kumpulan C mengkaji rupa pada hasil karya seni
                    2.  Guru memaparkan tayangan slaid pelbagai kategori objek.
                    3.  Berpandukan tayangan slaid tersebut, lakar rupa objek yang dipilih oleh kumpulan anda.
                    4.  Bandingkan hasil lakaran kumpulan anda dengan kumpulan yang lain.
                    5.  Bincangkan fungsi rupa objek yang dipilih.

                  Soalan:
                    1.  Apakah yang anda perhatikan daripada lakaran rupa yang dihasilkan oleh setiap kumpulan?
                    2.  Bagaimanakah anda mengklasifikasikan rupa yang terhasil?


                     Latihan Formatif

                   1.  Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

                     (a)             ialah pertemuan hujung sesuatu garisan dengan permulaannya.
                     (b)  Rupa bersifat          dimensi.

                     (c)  Olahan rupa yang berulang-ulang akan menghasilkan         .
                   2.  Nyatakan jenis rupa berikut.



                                 (a)                         (b)                          (c)




                                 (d)                         (e)                          (f)


                   3.  Apakah fungsi rupa?

                   4.  Berikan tiga teknik penghasilan rupa.
                                                           37
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48