Page 82 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 82

Persepsi Seni                                           Standard     Pembelajaran
                                                                                      Pembelajaran
                                                                          Selepas mempelajari subtajuk ini,
               Definisi Warna                                             murid dapat menjelaskan melalui

               Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan.   perbincangan tentang:
                                                                          •  Definisi warna
               Tanpa cahaya, warna tidak akan wujud. Warna dapat dikesan   •  Jenis warna pada:
               melalui deria penglihatan kita. Cuba perhatikan gambar foto     ❖ Alam semula jadi
               di bawah:                                                    ❖  Objek buatan manusia
                                                                           ❖  Karya seni visual
                   A                         B
                                                                          •  Fungsi warna






                                                                           Warna dalam cahaya
                                                                           matahari dapat dilihat
                                                                           dengan melalukan cahaya
                   Gambar foto 7.1 Gambar foto B yang berwarna adalah lebih   putih melalui sebuah prisma.
                                 menarik berbanding Gambar foto A          Tahukah kamu, pelangi

               Jenis Warna                                                 terbentuk melalui titisan
                                                                           air yang bertindak sebagai
               Warna terbahagi kepada tiga jenis, iaitu  warna  primer (asas),   prisma semula jadi? Warna
               warna sekunder dan warna tertier. Jenis-jenis warna ini boleh   pelangi terbentuk dari satu
               dilihat dengan jelas menggunakan roda warna. Roda warna     formasi cahaya.
               merupakan bahan rujukan asas dalam menganalisis dan memilih
               warna yang sesuai dalam gubahan.

                   Jadual 7.1 Jenis-jenis warna
                        Warna primer

                • Warna yang tidak boleh
                  dihasilkan dengan cara
                  campuran warna.
                • Warna merah, biru dan kuning.
                        Warna sekunder

                • Warna yang dihasilkan daripada
                  campuran dua warna asas.
                • Warna jingga, ungu dan hijau.

                         Warna tertier
                • Warna yang dihasilkan daripada
                  campuran satu warna asas dan
                  satu warna sekunder.
                • Warna kuning kehijauan, kuning
                  kejinggaan, merah keunguan,
                  merah kejinggaan, biru kehijauan
                  dan biru keunguan.                               Rajah 7.1 Roda warna
                                                         76
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87