Page 87 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 87
Sebelum menghasilkan karya seni visual dalam aktiviti Ekspresi Seni, hasilkan roda warna
untuk membantu anda melihat dan menggunakan warna dengan betul. Lakukan eksperimentasi
warna dalam aktiviti berikut:
Aktiviti
Tujuan: Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi
serta penerokaan unsur warna pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan
karya seni melalui penggunaan media, proses dan teknik.
Alat/Bahan: Berus lukisan, palet, kertas lukisan dan warna poster.
Langkah:
1. Guru menyediakan satu lembaran kerja untuk diberikan kepada murid.
2. Murid perlu menggunakan lembaran kerja tersebut untuk melengkapkan roda warna.
3. Persembahkan hasil roda warna beberapa orang murid di hadapan kelas.
Rajah 7.5 Roda warna
Soalan: Senaraikan warna primer, warna sekunder dan warna tertier berdasarkan roda
warna yang telah anda hasilkan.
81

