Page 88 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 88

Ekspresi Seni                                            Standard     Pembelajaran
                                                                                      Pembelajaran
               Warna penting dalam proses penghasilan karya seni. Pemilihan   Selepas mempelajari subtajuk ini,
                                                                          murid dapat:
               warna yang tepat akan membantu menghasilkan karya seni     •  Menterjemah hasil daripada
               yang berkualiti.                                             eksperimentasi dan
                    Dalam aktiviti yang lepas, anda telah mempelajari jenis   penerokaan unsur warna
               dan fungsi warna. Berdasarkan pengetahuan dan kefahaman      untuk menghasilkan karya
               itu, lakukan aktiviti berikut dalam menghasilkan karya seni.  dengan menggunakan
                                                                            imaginasi dan idea secara
                                                                            kreatif.
                         Aktiviti
                           Pr
                              ojek
                           Projek
                 Tujuan:
                   1.  Menganalisis dan memanipulasi hasil eksperimentasi unsur warna melalui penerokaan
                     media, proses dan teknik dalam penghasilan karya.
                   2.  Menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif hasil daripada eksperimentasi dan
                     penerokaan unsur warna dalam penghasilan karya.
                 Langkah am:
                   1.  Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
                   2.  Hasilkan satu karya seni unsur warna mengikut kreativiti anda.
                   3.  Pamerkan hasil karya seni anda semasa Tumpu Galeri di akhir tajuk ini.

                  Aktiviti A  Kipas tangan
                 Alat/Bahan: Kertas lukisan/warna bersaiz A4, kad manila, gam, pembaris, pensel
                             dan gunting.

                 Langkah:
                  1                                             2





                  Sediakan tiga keping kertas dengan warna yang   Cantumkan potongan tiga kertas
                  berlainan. Bahagikan kepada tiga bahagian     berlainan warna tersebut. Buat dua set.
                  yang sama panjang dan gunting.


                  3                                             4

                                                                                        Kad manila




                     Lipat set kertas kepada beberapa lipatan        Potong sejalur kad manila dan gam
                   yang sama besar untuk membentuk kipas.          pada kedua-dua bahagian kipas
                   Lekatkan kedua-dua set tersebut.                sebagai kemasan.

                                                         82
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93