Page 90 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 90

Apresiasi Seni                                           Standard     Pembelajaran
                                                                                      Pembelajaran
               Dalam sesi Apresiasi Seni ini, setiap karya akan           Selepas mempelajari subtajuk ini,
                                                                          murid dapat:
               dipamerkan. Anda akan menerangkan tentang karya            •  Mempamerkan hasil karya
               masing-masing yang telah dihasilkan dalam bahagian         •  Menghayati hasil karya
               Ekspresi Seni melalui Tumpu Galeri.                          sendiri dan rakan dengan
                    Penerangan hasil karya perlu berkaitan unsur warna      menumpukan pada aspek
               yang digunakan dalam penghasilan karya. Karya seni           Bahasa Seni Visual
               yang dihasilkan perlu memenuhi konsep unsur warna          •  Menjelaskan pengalaman
               agar penghayatan terhadap karya seni dapat memberikan        sendiri dalam penghasilan
               gambaran yang jelas tentang unsur warna.                     karya


                        T
                          umpu Galeri
                        Tumpu Galeri

                 Tujuan:  Membuat apresiasi berdasarkan hasil karya unsur warna.
                 Bahan:  Hasil karya seni murid dalam aktiviti Ekspresi Seni
                 Langkah:
                 Sesi Pertama – Penghayatan karya seni
                   1.  Pamerkan hasil karya murid di atas meja atau easel dan susun di dalam bilik darjah.
                   2.  Susun semua karya dalam dua stesen mengikut kategori berdasarkan rajah di bawah.


                                            Stesen 1               Stesen 2
                                      Himpunan hasil karya    Himpunan hasil karya
                                          kipas tangan            kad ucapan
                                                 Rajah 7.6 Kaedah stesen

                   3.  Setiap murid perlu bergerak dari satu karya ke satu karya. Buat pemerhatian dan catatkan
                     dalam buku nota.

                 Sesi Kedua – Pengkarya membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual
                   1.  Pilih satu hasil karya seni terbaik dari setiap stesen.
                   2.  Pemilik karya terpilih mempersembahkan hasil karya di hadapan kelas.
                   3.  Pengkarya perlu membuat apresiasi mengenai karya seni yang dihasilkan.












                                             Gambar foto 7.3 Stesen pameran


                                                         84
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95