Page 94 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 94

Persepsi Seni                                           Standard     Pembelajaran
                                                                                      Pembelajaran

               Definisi Harmoni                                           Selepas mempelajari subtajuk ini,
                                                                          murid dapat menjelaskan melalui
               Prinsip harmoni berkait rapat dengan penyatuan objek atau   perbincangan tentang:
               elemen-elemen rekaan yang sama dalam sesebuah gubahan      •  Definisi harmoni
               secara tersusun, teratur dan bersesuaian. Contohnya, susunan   •  Ciri-ciri harmoni pada:
               set kerusi dan meja dapat mewujudkan prinsip harmoni pada    ❖ Alam semula jadi
               objek. Manakala unsur jalinan atau rupa yang sama ialah contoh   ❖  Objek buatan manusia
               prinsip harmoni dalam elemen rekaan. Gabungan unsur-unsur    ❖  Karya seni visual
               tersebut dapat mewujudkan gubahan yang menyenangkan dari   •   Fungsi harmoni
               segi tampak dan menimbulkan kesan keindahan, keselesaan dan
               keseimbangan serta ketenangan.

               Ciri-ciri Harmoni
               Ciri-ciri harmoni yang jelas mampu menghasilkan kesatuan apabila penyusunan unsur-unsur
               rupa dan bentuk menghala ke arah yang sama. Ciri-ciri ini penting bukan sahaja pada gubahan
               karya seni visual malah pada alam semula jadi dan objek buatan manusia. Prinsip harmoni tidak
               akan wujud sekiranya terdapat unsur yang bercanggah dalam sesebuah gubahan. Contoh-contoh
               imej berikut dapat membantu anda memahami ciri-ciri harmoni dengan lebih jelas.


                                                   Ciri-ciri Harmoni


                       Alam semula jadi          Objek buatan manusia           Karya seni visual














                 •  Prinsip harmoni dari segi   •  Prinsip harmoni dalam   •  Prinsip harmoni menerusi
                   warna, bentuk dan jalinan     bentuk dan warna bangunan   warna dalam rekaan grafik













                 •  Prinsip harmoni dari segi   •  Prinsip harmoni dalam   •  Prinsip harmoni dalam motif
                   penyatuan dua unsur seni      susunan perabot             berulang pada tanglung


                    Rajah 8.1 Ciri-ciri harmoni pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual
                                                         88
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99