Page 111 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 111

JATI DIRI,
            Tema                    PATRIOTISME DAN



                  5                  KEWARGANEGARAAN






          Pahlawan Kemerdekaan
          (kepada pahlawan Pahang)

          PAHLAWAN!
          Jika hilangmu tanpa pusara

          jika pusaramu tanpa nama
          jika namamu tanpa bunga
          penjajah mengatakan kau derhaka
          maka kaulah pahlawan sebenarnya.
                                                               18 888 suka
          Gema seabad silam
          Inggeris datang meredah Pahang
          bersama peluru bersama senapang
          membunuh menangkap setiap pejuang.

          Sungai Semantan berubah merah
          bukan sarap hilir ke kuala
          bukan rakit mudik ke hulu
          arus merahnya menjulang mayat
          pahlawan bangsa pahlawan rakyat
          tujuh liang dadanya tersayat.                           15 000 suka

          Pahlawan!
          Untukmu derita untukmu penjara

          bukan bintang tersemat di dada
          semangatmu api negara berdaulat
          namamu terukir di jantung rakyat.

          (Sumber: Dipetik daripada Puisi-puisi Pilihan
          Sasterawan Negara Usman Awang, 1995,
          Dewan Bahasa dan Pustaka)
                                                IMBAS SAYA

                                                              14 000 suka
                   Aktiviti

             Mendeklamasikan sajak dengan nada dan intonasi yang sesuai.                         97
                                                                                                 97
                                                                                                 97
                                                                                                KPM
                                                                                                KPM
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116