Page 112 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 112
UNIT 13 Sikap Bertanggungjawab
Mendengar dan Bertutur
Kem Jati Diri
Afifi dan rakan-rakan terpilih untuk menghadiri Kem Jati Diri anjuran sekolah
mereka. Dalam risalah program itu, terdapat maklumat untuk bakal peserta.
Kem Jati Diri
Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3
Sabtu (pagi) Sabtu (petang) Ahad (pagi)
Pengisian Program: Pengisian Program: Pendidikan Pengisian Program: Aktiviti
Ceramah Disiplin Diri dan Sivik dan Kewarganegaraan dan Cintai Bahasa, Seni dan Budaya
Latihan Kawad Kaki Sayangi Malaysia dan Simulasi Budaya
Objektif: Melahirkan murid Objektif: Melahirkan murid yang Objektif: Melahirkan murid
yang mempunyai jati diri memiliki kesedaran sivik yang yang berjati diri tinggi melalui
melalui amalan disiplin diri tinggi dan sayang akan negara ilmu bahasa, seni dan budaya
terpuji
Cikgu Zakwan: Afifi, apakah urutan program pilihan kamu dalam Kem Jati Diri itu?
Minta jelaskan sebab pilihan itu.
Afifi: Saya memilih program di stesen ketiga sebagai pilihan pertama.
Saya memilihnya kerana ilmu seni dan budaya akan mengukuhkan
jati diri saya terhadap kebudayaan warisan negara.
Cikgu Zakwan: Pada pendapat kamu, mengapakah program jati diri penting
kepada generasi muda?
Afifi: ___ .
Cikgu Zakwan: Apakah yang akan berlaku jika kita tidak mempunyai jati diri yang
kukuh?
Kai Jun: ___ .
Sofea: Pada pandangan saya pula, murid-murid perlu disemaikan dengan
jati diri yang kukuh sejak kecil lagi kerana ___ .
Tinesh: Menurut pandangan saya, program lain yang sesuai untuk
membentuk jati diri ialah ___ .
Aktiviti
Mendengar, mentafsir dan memberikan respons.
• Bimbing murid mendengar, mentafsir dan memberikan respons terhadap soalan secara kritis
Nota
Guru dan kreatif.
98 1.1.3 Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis – Menilai
EMK: Nilai Murni – Berhemah Tinggi
KPM

