Page 201 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 201
Pengukuhan
Baca petikan di bawah. Kemudian, soal jawab untuk menjanakan idea.
Usahawan Nasi Dagang Kreatif
Encik Osman pengusaha nasi dagang yang
terkenal di Terengganu. Jualan nasi dagang
yang diusahakan oleh beliau semakin
meningkat.
Encik Osman sentiasa mendapat maklum
balas daripada para pelanggan. Ada segelintir
pelanggan yang hanya dapat menikmati nasi
dagang jualannya pada hari minggu kerana
sibuk bekerja. Rungutan pelanggan itu cuba Cara Penyediaan Nasi Dagang Kreatif
diatasi. Setelah membuat kajian inovasi, beliau
nekad untuk menghasilkan nasi dagang 1 Tebuk lubang pada
secara sejuk beku. lapisan atas penutup.
Nasi dagang sejuk beku keluaran Encik 2. Masukkannya ke dalam
Osman masih menepati cita rasa ramuan ketuhar gelombang
mikro.
asli dan berkualiti. Juadah itu antara pilihan
popular bagi mereka yang sibuk bekerja dan 3. Panaskannya dengan suhu
tidak mempunyai masa untuk menikmatinya tinggi selama dua hingga
empat minit. Kemudian,
secara terus. Dengan teknologi sejuk beku, tunggu selama tiga minit
nasi dagang ini dapat disimpan dalam sebelum membukanya.
tempoh yang lama tetapi masih terasa seperti 4. Gaul nasi dengan garpu
baru dimasak. sebelum makan.
Azri, mengapakah Encik
Osman dianggap sebagai
usahawan kreatif? Encik Osman dianggap
usahawan kreatif kerana .
Apakah keistimewaan nasi
dagang sejuk beku keluaran
Encik Osman?
Adakah kamu akan
mengesyorkan nasi dagang ini
kepada pengembara? Mengapa?
Pada pendapat kamu, bagaimanakah
Encik Osman dapat memajukan
perniagaan beliau lagi?
1.2.3
187
KPM

