Page 198 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 198

Tatabahasa

                                           Pintar Merancang
           Keluarga Farisha ingin mengadakan majlis ulang tahun kelahiran Farisha
           dan kenduri kesyukuran. Mereka sekeluarga merancang persiapannya.

         Farhana, kita perlu                                     Farisha dan Faris, ini tugasan yang
         merancang sebelum                                       mesti kita lakukan sebelum majlis
         berbelanja. Inilah                                      berlangsung.
         barang-barangan yang             Baiklah, ibu.
         perlu kita beli. Senarai
         ini penting supaya kita
         membeli barang yang
         perlu sahaja.
                                                                                 Baiklah, ayah. Kita
                                                                                 akan melakukannya
                                                                                 bersama-sama.
           Farhana:  Ibu, kita perlu ke pasar untuk membeli bawang putih, bawang merah dan
                      bawang besar. Kuantiti bebawang yang kita perlukan ialah sekilogram
                      setiap satu.
           Ibu:       Apakah sayur-mayur lain yang perlu kita beli, Farhana?
           Farhana:  Kita perlu membeli sawi dan tauge untuk memasak mi goreng. Cukupkah
                      jika kita hanya membeli tiga peket bebola ayam dan jejari kentang?
           Ibu:       Ibu fikir itu mencukupi. Kita jangan berlebih-lebihan dalam berbelanja.
                      Ibu akan membuat tempahan kuih-muih daripada jiran kita. Beliau memberi
                      kita harga yang murah. Ibu juga akan menyediakan lauk-pauk dan
                      makanan-makanan lain berdasarkan jumlah tetamu yang diundang
                      supaya tidak berlaku pembaziran.
           Farisha:   Adakah ibu mengundang saudara-saudara kita yang berdekatan?

           Ibu:       Mestilah ibu mengundang mereka. Mereka juga sudi menyumbang
                      juadah-juadah enak. Dari sudut itu, kita dapat berjimat juga.
           Farisha:   Wah, bagusnya amalan itu! Ibu, jangan lupa beli buah-buahan dan belon
                      warna-warni. Belon tersebut ingin saya gunakan untuk hiasan.
           Ayah:      Ayah harap kita dapat bantu-membantu agar majlis kita berjalan lancar.
                      Dengan mengadakan majlis yang serba-serbi sederhana, kita dapat
                      menjimatkan perbelanjaan dan tidak berboros.

           Faris:     Baiklah, ayah. Saranan ayah kami patuhi. Kita doa-doakan majlis ini berjaya.
                  Aktiviti
           Mengenal pasti dan mengkategorikan kata ganda menggunakan peta
           pemikiran. Kemudian, membina ayat menggunakan kata ganda tersebut.

                            • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata ganda penuh, kata ganda separa
                     Nota
                     Guru    dan kata ganda berentak mengikut konteks.
          184       5.2.3     Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme  KBAT: Mengaplikasi – Mengelaskan
                    (i,ii,iii)    EMK: Nilai Murni – Berjimat Cermat
          KPM
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203