Page 197 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 197

Tatabahasa

                                     Lawatan Celik Wang
             Setelah pulang dari lawatan sambil belajar di
             Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia,

             Farisha berkongsi pengalaman dengan keluarganya.

              Ayah:      Bagaimanakah lawatan buah hati ayah ke Muzium dan Galeri Seni Bank
                         Negara Malaysia (BNM), semalam?
              Farisha:  Seronok, ayah. Saya dapat makan angin sambil memperoleh ilmu
                         pendidikan kewangan. Keunikan wang kertas dan wang syiling Malaysia
                         yang baharu dapat saya ketahui. Hal ini menimbulkan perasaan sayang
                         saya akan wang. Terima kasih, ayah dan ibu, kerana memberikan
                         peluang kepada saya mengambil bahagian dalam lawatan itu.

              Ayah:      Pada pukul berapakah Farisha tiba di sana?
              Farisha:  Kami tiba di sana pada pukul 12:00 tengah hari. Kedatangan kami
                         disambut oleh kakitangan Muzium dan Galeri Seni BNM. Tiada bayaran
                         dikenakan kepada pengunjung warganegara ataupun antarabangsa.
                         Kami dan guru pengiring telah melawat ke Galeri BNM, Galeri Ekonomi,
                         Galeri Kanak-kanak dan Galeri Numismatik. Di Galeri Kanak-kanak, kami
                         diberi penerangan tentang pengurusan kewangan. Saya berbesar hati
                         kerana dapat menyertai permainan interaktif Simpan, Belanja dan Kongsi.
                         Lebih teruja apabila saya dapat melihat koleksi tandatangan gabenor
                         bank pada wang kertas Malaysia.
              Ibu:       Beritahulah kami, ilmu pengetahuan yang Farisha peroleh.
              Farisha:  Oh, ya! Saya ada tulis dalam buku catatan tentang lawatan itu. Sejujurnya,
                         lawatan itu telah membuka mata saya akan pentingnya fungsi, peranan
                         dan tanggungjawab BNM terhadap perkembangan ekonomi negara. Kami
                         juga diberi peluang untuk mengemukakan buah fikiran tentang ilmu
                         pengurusan kewangan diri. Sebelum pulang, kami sempat membeli
                         cenderamata.
                                                    Kata Majmuk


                                         Bebas        Mantap        Kiasan

                   Aktiviti

             Mengenal pasti dan mengkategorikan kata majmuk. Kemudian,
             membina ayat menggunakan kata majmuk tersebut.

                      • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata majmuk bebas, kata majmuk mantap dan kata
               Nota
               Nota
               Guru    majmuk kiasan mengikut konteks.
               Guru
               5.2.2
               5.2.2    Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual   KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan            183
                (i,ii)
                        EMK: Pendidikan Kewangan                                                KPM
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202