Page 202 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 202

Penilaian


           Baca petikan teks. Kemudian, jawab soalan-soalan
           yang berikutnya.

                         Sedapnya Nira Kurma
           KOTA BHARU, 24 Mei – Kegigihan dan kesungguhan
           seorang usahawan yang menanam ratusan pokok kurma
           telah membuahkan hasil. Segala usaha cemerlang beliau berbaloi apabila air nira
           yang dihasilkan mendapat sambutan yang menggalakkan.
              Encik Mohd Zain Mohamad, 59 tahun, ialah satu-satunya pengusaha nira kurma
           di negara ini. Nira kurma dikatakan mempunyai khasiat menyembuhkan penyakit.
           Hal ini menyebabkan beliau tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan
           pelanggan.
              Bermula tahun lepas, kira-kira 200 batang pokok kurma yang ditanam sudah
           matang dan mula mengeluarkan hasil. Nira kurma diperoleh daripada batang pokok
           kurma yang ditoreh. Setiap batang pokok kurma mampu mengeluarkan empat liter air
           nira pada setiap hari. Namun begitu, keluaran yang diperoleh daripada 200 batang
           pokok tersebut masih tidak mencukupi bagi menampung permintaan pelanggan.

              Selain nira kurma, beliau juga menghasilkan manisan gula dan cuka yang
           semerbak baunya daripada tanaman tersebut. Perniagaan ini memudahkan beliau
           kerana tidak perlu dipasarkan ke tempat lain. Sebaliknya, pelanggan yang datang
           sendiri ke rumah beliau untuk mendapatkan produk keluaran beliau.
                                                (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada BH Online, 24 Mei 2019)
            (A)  Dengan merujuk kamus, cari maksud perkataan yang berwarna hijau.

            (B)  Jawab soalan pemahaman.
               1  Apakah sikap usahawan yang berjaya?
               2.  Nyatakan keistimewaan perusahaan nira kurma yang dijalankan oleh
                   Encik Mohd Zain.
               3.  Pada pendapat kamu, bagaimanakah untuk meningkatkan keluaran
                   nira kurma?

               4.  Jika kamu Encik Mohd Zain, bagaimanakah kamu akan meluaskan
                   pasaran produk nira kurma?

            (C)  Lengkapkan peta pokok di bawah. Kemudian, bina ayat.

                                               Kata Berimbuhan


                                 Awalan       Akhiran       Apitan       Sisipan


                    2.1.2
                    3.2.2
          188       5.2.1
                   (i,ii,iii,iv)
          KPM
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207