Page 199 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 199

Pemulihan

                 Tulis ayat yang dibaca oleh guru.


                                  Panduan Keluargaku Berbelanja

             Farisha berkongsi cerita di hadapan kelas tentang cara keluarganya
             berbelanja di pasar raya.











           Keluarga saya mengamalkan perancangan
           kewangan yang berhemat. Kami berbelanja apabila
           perlu sahaja. Kami mestilah bijak dan berjimat
           dalam perbelanjaan agar tidak berlaku pembaziran.




                                                    Sebelum berbelanja, saya sekeluarga akan
                                                    membuat senarai barang yang ingin kami beli.
                                                    Cara ini dapat memastikan kami membeli
                                                    barangan yang perlu sahaja. Dengan ini,
                                                    perbelanjaan kami akan terkawal.



            Semasa berbelanja, ayah akan menasihati kami agar
            membandingkan harga barangan sebelum membelinya.
            Perbandingan dibuat berdasarkan tawaran kualiti dan
            kuantiti pada sesuatu barangan. Ayah juga berpesan
            agar kami tidak terlalu terpengaruh dengan jualan murah.




                                     Selepas berbelanja, kami akan memeriksa resit pembelian
                                     sebelum meninggalkan kaunter bayaran. Cara ini dapat
                                     memastikan harga barangan sama dengan harga yang
                                     tercatat pada resit pembelian. Ayah juga akan mencatat
                                     jumlah perbelanjaan pada setiap bulan.






               3.2.4
                                                                                                185
                                                                                                KPM
   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204