Page 121 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 121

GAB







                                              ASPEK A2.4: TEKNIK PENYOALAN

                                                           HURAIAN

              •   Teknik penyoalan merangkumi usaha-usaha untuk menyampaikan dan mendapatkan maklumat, fakta, konsep dan prinsip sesuatu
                  bidang ilmu serta meningkatkan kemahiran berfikir murid.


                                                     DESKRIPSI & HURAIAN

              •    Keupayaan pegawai untuk mengemukakan soalan yang mampu mendorong minat serta pemikiran kritis dan kreatif
              -  memerlukan teknik penyoalan yang pelbagai dan mempunyai unsur kreativiti dan inovasi.

              •    Keupayaan pegawai untuk mempelbagaikan teknik penyoalan yang berkesan untuk meningkatkan pemahaman murid
              -  memudahkan murid memahami soalan mengikut aras kesukaran.

              •    Keupayaan pegawai untuk mempelbagaikan teknik penyoalan bagi menggalakkan murid berfikir

              -  mengemukakan soalan yang mempunyai unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).


                                                KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
                                                        Semakan Bahan

              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  kertas ujian
               •  soalan latihan
               •  kuiz
               •  contoh-contoh lain yang sesuai

                                                          Temu Bual
              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  Apakah teknik penyoalan yang digunakan?
               •  Adakah teknik penyoalan dapat membantu murid berfikir secara kreatif dan kritis?
                                                          Pencerapan

              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  penggunaan teknik penyoalan yang berkesan/ tidak berkesan.
               •  teknik penyoalan dapat merangsang murid untuk memberikan jawapan.























             Garis Panduan Instrumen                          95
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126