Page 123 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 123
GAB
ASPEK A2.5: PELIBATAN DAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN MURID
HURAIAN
• Penyertaan murid dalam proses PdP dan penguasaan murid terhadap standard kandungan.
DESKRIPSI & HURAIAN
• Keupayaan pegawai untuk menggalakkan pelibatan murid dalam pembelajaran
- mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menggalakkan murid melibatkan diri dalam sesi pembelajaran
• Keupayaan pegawai untuk menggalakkan murid berinteraksi secara aktif semasa aktiviti PdP
- mempelbagaikan aktiviti yang sesuai bagi menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran
KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN
Pencerapan
Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
• perbincangan
• memberikan respons terhadap soalan/ arahan guru
• membuat gerakan fizikal atau arahan-arahan lain daripada guru
• berinteraksi dalam pelbagai hala seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan
Garis Panduan Instrumen 97

