Page 285 - GP Pelaksanaan PBPPP
P. 285

PENSYARAH







                                              ASPEK A2.3: KEMAHIRAN KOMUNIKASI

                                                           HURAIAN

              •   Kemahiran komunikasi ialah kebolehan pegawai menyampaikan idea, maklumat, konsep, fakta secara berkesan dan beretika.


                                                     DESKRIPSI & HURAIAN
              •    Keupayaan pegawai untuk berkomunikasi untuk memberi dan menerima maklum balas

              -  berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan bagi menggalakkan tumpuan pelajar terhadap PdP
              -  bertutur dan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang jelas, mudah dan tepat.
              -  memberikan perhatian, membuat pertimbangan dan memberi maklum balas yang sewajarnya
              •    Keupayaan pegawai untuk mempamerkan kemahiran berkomunikasi semasa PdP

              -  menggunakan kemahiran berkomunikasi bagi melaksanakan PdP dengan lancar dan berkesan
              -  mempelbagaikan kaedah komunikasi dalam PdP
              -  mempamerkan pelbagai teknik komunikasi dengan baik dan berkesan


                                                KAEDAH PENILAIAN & HURAIAN

                                                          Temu Bual
              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  Apakah nilai-nilai murni yang anda ingin terapkan dalam berkomunikasi?
               •  Bagaimanakah anda memberi respons kepada soalan sukar yang dikemukakan oleh pelajar?
               •  Soalan-soalan lain yang berkaitan
                                                          Pencerapan

              Penilaian dapat dibuat berdasarkan contoh yang berikut:
               •  menggunakan bahasa yang sopan, jelas, dan mudah difahami
               •  nada dan intonasi sesuai serta terdapat unsur kecindan
               •  menjadi pendengar yang baik
               •  kemahiran non-verbal yang sesuai































             Garis Panduan Instrumen                         223
   280   281   282   283   284   285   286   287   288   289   290