Page 22 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 22

Strategi Serangan


                 trategi menyerang dilakukan berdasarkan kekuatan dan kelemahan pasukan lawan.
                 Pasukan penyerang perlu mengatur strategi menyerang dari semua kawasan sama
           Sada di bahagian tengah padang (gelanggang) atau sayap bagi mengelirukan pasukan
           yang bertahan. Jika pasukan penyerang mempunyai pemain yang mempunyai kepantasan
           berlari berada di tengah, strategi serangan dari tengah digunakan. Manakala strategi serangan
           sayap digunakan, jika pemain bertahan mempunyai kelemahan di bahagian tersebut. Antara
           kemahiran melakukan strategi menyerang dalam permainan ragbi sentuh ialah tendang dan
           tangkap (kick and catch), hantaran loop, hantaran silang (scissors) dan miss pass serta mengacah
           dengan larian zig-zag semasa membawa bola. Mempunyai seorang pemain penyerang yang
           pantas merupakan kelebihan dalam sesebuah pasukan.


           Tendang dan Tangkap

           ➤  Strategi tendang dan tangkap ini digunakan
               apabila sesebuah pasukan hendak menyerang
               pasukan lawan.
           ➤  Kemahiran ini digunakan oleh seorang pemain
               pasukan penyerang yang membawa bola.
           ➤  Apabila pemain tersebut berdepan dengan
               seorang pemain pasukan lawan, pemain tersebut
               akan menendang bola dengan pantas ke hadapan
               melepasi  pemain pasukan bertahan dan  berlari
               untuk mendapatkan kembali bola yang ditendang.
           ➤  Pemain ini memerlukan kepantasan dalam larian untuk memastikan dia melepasi pemain
               pasukan bertahan.
           ➤  Kemahiran menyerang ini boleh dilakukan sama ada di tengah atau di sayap padang
               (gelanggang).

           Hantaran Silang (Scissors)

           ➤  Strategi hantaran silang ini memerlukan pemain pasukan
              penyerang yang membawa bola berlari ke hadapan dan
              menghantar bola secara bersilang antara rakan sepasukan.
           ➤  Strategi ini juga dapat mengelirukan pemain pasukan
              lawan dan sering kali dilakukan di kawasan tengah
              gelanggang menuju ke arah kawasan in-goal.


                 INFO EKSTRA

           Pemungut bola (ball collector) perlu mempunyai kepantasan
           bergerak, ketepatan dalam melakukan hantaran dan mampu
           memberikan tumpuan yang tinggi semasa melakukan tugasan.

        14      SP     1.2.1, 2.2.1, 5.2.1, 5.2.2, 5.2.3, 5.2.4
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27