Page 24 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 24

Strategi Menyerang dari Tengah dan Sayap


           Strategi menyerang dari tengah dilakukan dengan pasukan menyerang membawa bola dari
           bahagian sayap ke tengah kawasan gol dengan menggunakan hantaran silang, hantaran loop,
           miss pass dan larian zig-zag. Serangan dari sayap pula, pemain penyerang membawa bola dari
           bahagian tengah ke bahagian sayap kawasan gol dengan menggunakan kemahiran hantaran
           silang dan kemahiran tendang dan tangkap.

                                                                               Jika pertahanan leka,
                                                                               saya akan menyerang
                                                                                   dari tengah.





















               Strategi menyerang melalui sayap                Strategi menyerang melalui tengah


                Cara Bermain

           1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
           2  Satu kumpulan akan melakukan serangan bermula hantaran bola
               daripada murid satu (M1).
           3  M1 akan menghantar bola kepada murid dua (M2) dengan
               menggunakan strategi hantaran silang.
           4  M2  pula  akan  cuba  melepasi  pemain  pertahanan  mengunakan
               strategi mengacah dengan serangan zig-zag. Jika tidak mampu, M2
               menggunakan strategi serangan sayap dengan melakukan hantaran
               silang kepada murid tiga (M3).
           5  M3 akan melakukan strategi tendang dan tangkap untuk melepasi
               pemain pertahanan.
           6  Selepas menendang, M3 akan menggunakan kepantasan larian
               untuk melepasi pemain pertahanan dan menangkap bola. M3 akan
               berlari pantas ke hadapan untuk membuat touch down.
           7  Setiap pasukan akan bertukar peranan selepas selesai melakukan
               strategi tersebut.



        16     SP    1.2.1, 1.2.2, 2.2.1, 2.2.2, 5.2.1, 5.5.1
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29