Page 25 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 25
Kekuatan dan Kelemahan
Kekuatan
• Mengelirukan pihak lawan kerana kepelbagaian hantaran yang pantas oleh pemain.
• Pasukan lawan akan memerlukan pasukan pertahanan yang ramai untuk bertahan. Hal ini memberikan
ruang yang lebih luas untuk penyerang melakukan serangan pantas.
Kelemahan
• Pasukan penyerang mempunyai pertahanan yang sangat longgar kerana hampir semua pemain RAGBI SENTUH
bertumpu untuk menyerang jika berlaku serangan pantas daripada pihak lawan.
• Strategi ini memerlukan semua ahli pasukan mempunyai kesefahaman yang tinggi dan bijak
mentaksir situasi permainan.
Petunjuk
Saya mesti berlari Pergerakan pemain
pantas untuk Hantaran bola
M3 melakukan touch down.
M2
M1
Huraikan kepentingan fleksibiliti badan semasa melakukan aktiviti mengacah pasukan lawan.
17

