Page 26 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 26

Strategi Bertahan


                 erdapat beberapa jenis strategi bertahan yang boleh digunakan oleh pasukan pertahanan
                 dalam permainan ragbi sentuh. Antaranya ialah kawalan bertahan dalam kumpulan dan
           Tsatu lawan satu.
           Bertahan dalam Kumpulan

           ➤  Strategi bertahan dalam kumpulan ialah pasukan bertahan akan membentuk sistem satu
               barisan sama ada 7-0 atau 6-1.
           ➤  Strategi 7-0 ialah pasukan bertahan secara berkumpulan membentuk satu barisan, iaitu
               7 orang pemain semasa pasukan sedang bertahan.
           ➤  Strategi ini menyukarkan pihak lawan yang menyerang untuk melepasi kawasan pasukannya.
           ➤  Strategi 6-1 pula ialah pasukan akan membuat barisan 6 orang pemain tetapi seorang
               pemain yang pantas berlari yang dikenali sebagai quarterback akan berada di belakang
               barisan tersebut.
           ➤  Tujuan atau tugas pemain  quarterback adalah untuk mengejar mana-mana pemain
               pasukan penyerang yang berjaya melepasi barisan pertahanan pasukan.



                Cara Bermain

           1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertujuh.
           2  Kumpulan A akan bertahan dengan menggunakan strategi 6-1 manakala
               kumpulan B akan menyerang dengan menggunakan strategi 7-0.
           3  Murid satu (M1) akan bergerak ke belakang sebagai  quaterback untuk
               membentuk strategi pertahanan 6-1. M1 akan bersedia untuk menyentuh mana-
               mana pemain pihak penyerang yang membawa bola melepasi halangan pasukan
               bertahan.
           4  Murid tiga (M3) akan mengacah murid dua (M2) dan membuat larian zig-zag.
           5  M3 akan menghantar bola kepada murid empat (M4).
           6   Sementara pemain bertahan yang lain kekal fokus di zon kawalan masing-masing.
           7  Setiap pemain mengawasi pemain lawan di zon kawalannya untuk kawalan zon
               satu lawan satu.
           8  Kedua-dua kumpulan akan bermain dalam situasi permainan sebenar dengan
               mengaplikasikan semua peraturan dan undang-undang permainan ragbi sentuh.




                  INFO EKSTRA
                                                       Variasi
            Semasa melakukan serangan, pemain
            perlu memerhati pergerakan pemain      1  Ubah suai tempoh permainan.
            pertahanan dan bertindak pantas jika   2  Ubah suai bilangan pemain.
            terdapat ruang kosong untuk melepasi   3  Ubah suai keluasan permainan seperti
            pemain pasukan bertahan.                 menggunakan gelanggang bola baling.

        18     SP    1.2.2, 1.2.3, 2.2.2, 2.2.3, 2.2.4, 5.2.2, 5.4.1
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31