Page 182 - Matematik Tambahan Tingkatan 5 KSSM
P. 182

Menentukan dan mentafsir skor piawai, Z

              Sebarang pemboleh ubah rawak selanjar X bagi suatu taburan normal dengan min m dan sisihan
                                                                                              X – m
              piawai s boleh dipiawaikan kepada pemboleh ubah rawak selanjar Z dengan rumus Z =    .
                                                                                               s

               Contoh 16
                  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

                (a)  Suatu pemboleh ubah rawak selanjar X bertaburan normal dengan min 30 dan sisihan
                   piawai 8. Cari skor-z jika X = 42.
                (b) Tinggi bangunan di Kampung Pekan bertaburan secara normal dengan min 23 m dan
                   varians 25 m , cari tinggi bangunan jika skor piawai ialah 0.213.
                               2
               Penyelesaian

                                                                           2
                (a)  Diberi X = 42, m = 30 dan s = 8.    (b) Diberi m = 23, s   = 25 dan skor-z = 0.213.
                       X – m                                 Jadi, s = ! 25
                   Z =
                         s                                        s = 5
                       42 – 30                               Oleh itu,
                   Z =
                          8                                          X – m
                                                                Z =
                   Z = 1.5                                            s
                                                                     X – 23
                                                             0.213 =
                                                                       5
                                                             1.065 = X – 23
                                                                X = 24.065 m




               Latihan Kendiri 5.11

                1.  Suatu pemboleh ubah rawak selanjar X bertaburan normal dengan min, m = 24 dan sisihan
                  piawai, s = 6, cari skor-z jika X = 19.5.
                2.  X ialah suatu pemboleh ubah rawak selanjar yang bertaburan secara normal, iaitu
                  X ~ N(500, 169). Cari nilai X jika skor-z ialah 1.35.

                3.  Rajah di sebelah menunjukkan graf taburan normal bagi

                                                                          f(x)
                  jisim telefon pintar yang dihasilkan oleh sebuah kilang
                  elektronik. Jika sisihan piawai ialah 0.05 kg, cari
                  (a)  skor-z apabila sebuah telefon pintar yang dipilih
                     secara rawak mempunyai jisim 0.14 kg,
                  (b) jisim sebuah telefon pintar yang dipilih secara rawak
                     jika skor-z ialah – 0.12.                            0                     x
                                                                               0.14 0.15

                4.  Suatu pemboleh ubah rawak selanjar X bertaburan normal dan bersimetri pada X = 45. Jika
                  X dipiawaikan kepada taburan normal piawai, didapati bahawa X = 60 akan dipiawaikan
                  kepada Z = 1.5. Nyatakan min dan sisihan piawai bagi taburan normal ini.

               172                                                                             5.3.3
   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187