Page 91 - Matematik Tambahan Tingkatan 5 KSSM
P. 91
Bonaventura Cavalieri merupakan seorang ahli matematik Itali
yang terawal dalam memperkenalkan konsep pengamiran. Teori
beliau dalam konsep tidak terbahagikan (indivisibles) diguna
pakai untuk mencari luas di bawah suatu lengkung.
Pada tahun 1656, John Wallis dari England pula
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
telah memantapkan asas pengamiran sedia ada dengan
memperkenalkan konsep had secara rasmi.
Untuk maklumat lanjut:
bit.ly/35O7k8x
Kepentingan Bab Ini
Dalam kejuruteraan hidrologi, jurutera menggunakan
pengamiran untuk menentukan isi padu dalam suatu
sistem hidrologi berdasarkan luas di bawah suatu lengkung
dengan masa.
Dalam kejuruteraan awam, jurutera menggunakan
pengamiran untuk mengira pusat jisim bagi suatu bentuk
yang tidak sekata.
Kriteria Kecederaan Kepala (HIC) yang mengaplikasikan
pengamiran digunakan bagi menentukan nilai risiko
kecederaan kepala dalam suatu perlanggaran.
Pembezaan Differentiation
Pengamiran Integration
Fungsi kecerunan Gradient function
Persamaan lengkung Equation of curve
Kamiran tak tentu Indefinite integral
Kamiran tentu Definite integral
Pengamiran melalui penggantian Integration by substitution
Rantau Region
Isi padu kisaran Volume of revolution
Video mengenai
bangunan
mesra alam.
bit.ly/2MllaaG
81

